Halaman

8 Okt 2009

LUKISAN


Pengenalan

1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.


2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.

3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan

1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.

2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.

3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak.

4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.

Teknik Melukis

1. Teknik garisan,
2. Teknik garisan pangkah,
3. Teknik titik,
4. Teknik lorekan dan
5. Teknik campuran.

Media Lukisan

1. Pensel

1. Dibuat daripada arang dan tanah liat.
2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

pensel mempunyai pelbagai saiz

saiz yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza

Contoh-contoh lukisan pensel


Contoh lukisan pensel


2. Arang
1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
2. Media yang tertua sekali.
3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

arang yang digunakan untuk melukis

arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian
Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran

Kesan lorekkan daripada arang

Hasil karya daripada media arang

Hasil karya lukisan media arang

3. Media Pen dan ink
1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya
2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

Pen teknikal beri kesan halus pada lukisan

Pen teknikal mempunyai pelbaga saiz

Pen kaligrafi juga mempunyai pelbagai saiz
lukisan media pen

Lukisan pen menggunakan teknik titik

4. Media Pastel
1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.
2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal

Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel

Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon

Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret

lukisan media pastel

Lukisan media pastel

Asas Sebelum Melukis

1. Memilih teknik melukis.
2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.
3. Memilih objek untuk dilukis.
4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5. Membuat Lakaran objek.
6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.
7. Tetingkap Fokus
Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.
Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda.
Memilih sudut yang menarik dan indah.
Digunakan untuk melukis di luar studio.


Pengetahuan Asas

1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:
Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.

2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.

3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk.

50 ulasan:

  1. macam mana demonstrasi pen dan pensel?? n apa maksud lakaran??

    BalasPadam
  2. tiada demonstrasi ke? saya perlu untuk projek lukis for Malaysian Studies saya di Oxford.

    terima kasih banyak-banyak...saudara-saudari! :)

    xx
    Chanelle dari London.

    BalasPadam
  3. media charcoal mcmn ye?

    BalasPadam
  4. media kunyit mcmn y?

    BalasPadam
  5. snang kew nk melukis nie.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. xsnang & xsusah...
      semua org boleh melukis...
      blaja & praktis boleh membantu.. =)

      Padam
    2. lukisan nie susah jgak. lukisan paling snang ialah permandangan. kaw lukis lukisan org bersetubuh

      Padam
    3. isi ar msa lapang dengan btul.cnthnye blajar melukis.jdikan ar melukis tu hobi awk.

      Padam
    4. kena jg adab bila bercakap dengan guru,baru bole berjaya.

      Padam
    5. kena jg adab bila bercakap dengan guru,baru bole berjaya

      Padam
    6. tumpukan sepenuh perhatian mase cikgu mengajar,...|
      kalo ko bagi perhatian konpom...
      mesti dapt...

      Padam
  6. CANTIK SMUA LUKISAN NE..MAU BUAT TAK JDI PLA..MAU BELAJAR SDH KERAS TANGAN..

    BalasPadam
  7. UHH,. NIEE BOLEY DIKTA KAN SENG ASAL TEKNIK DYER BETOLL

    BalasPadam
  8. azwad zainal smkb1/18/2012 2:57 PTG

    memg la ccantik ..copy jer uh ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  9. saya nak melukis menggunakan 3 teknik melukis dalam satu gambar.macam mana nak buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. BUAT JER LA 3 TEKNIK DOO

      Padam
  10. Boleh tahan la....dapat juga info..

    BalasPadam
    Balasan
    1. AMIRUL FAKHRY3/21/2012 9:19 PTG

      sentiasa akan dapat info... belaja lah,.tip2 lukisan yg tepat..utk seni visual anda.. :)

      Padam
  11. apakah maksud media kering? adakah mengunakan warna air boleh di kategorikan dlm media kering?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud kamu warna air tu cat air ya? cat air tidakdapat dikategorikan sebagai media kering. untuk pengetahuan media adalah seperti pensel, pen marker dan arang.ok.harap dapat membantu anda.

      Padam
    2. *untuk pengetahuan anda media kering....

      Padam
  12. salam ,
    camana nk dapatkan cara2 melukis huruf blok ?

    BalasPadam
  13. It is no doubt that Shakespeare is one of the greatest masters in the world of cheap oil painting. His drama and sonnet have been popular with the public from his times till now. Readers can feel romantic atmosphere; they are always addicted into the fascinating scene that these amazing works create for them. Every time you read Shakespeare, you will experience a magic journey in poetry realm. Sometimes I have a art paintings for sale; I am curious that, if Shakespeare is a painter, what style oil painting reproduction would he create?

    BalasPadam
  14. thanz for the information nieh..ia sangat3 berguna pd sy y thu asas lukisan..hope sy blh jadikan blog nieh as buku rujukan elektronik sy...<3 <3

    BalasPadam
  15. cantik2..kagum coz sye xpndai mlukis lngsong..tahap dak tdika jerk..hehe =)

    BalasPadam
  16. emmmm saya nak beljar mlukis mngunakan pastel ... hasilnya sangat cantik

    BalasPadam
  17. serius nak amik seni jugak . tapi cikgu tak support :( dia tak kasi amik banyak sangat subjek . hmm :( okayy ~

    BalasPadam
  18. blhke saya pinjam sbg nota saya?thanks ar...

    BalasPadam
  19. hai sy moohana sy suka seni

    BalasPadam
  20. lakaran jambatan gantung . please .

    BalasPadam
  21. ermm..senarai pelukis pelukis malaysia ade tak?

    BalasPadam
  22. terima kasih :) banyak info yang saya dapat

    BalasPadam
  23. Senarai pelukis malaysia ada tak ?

    BalasPadam
  24. wah master dekali karya karya yang di postingan ... saya masih berkutat dengan pensil asli saja.. trimakasih infonya

    BalasPadam
  25. Karya catan yang dihasilkan menggunakan akrilik.. tetapi saya ad menggunakan marker pen.. adakah karya saya boleh dikata kan sebagai catan?? kerana saya menggunakan media tambahan.. pen sahaja

    BalasPadam
  26. Hi semua, esp Guru Lukisan
    Secara tidak sengaja saya terjumpa blog yang sangat menarik ini! Saya ingin juga belajar melukis. Saya di Batu Pahat. Adakah Guru Lukisan yang berdekatan tempat saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  27. i read your article that was so amazing and you may know about electronic repair shops in dubai by Visiting our site

    BalasPadam
  28. Apakah lukisan titik tumpu???

    BalasPadam
  29. apa kaedah dalam menghasilkan lukisan?

    BalasPadam
  30. pohon izin untuk menggunakan sebahagian info utk dikongsi dgn murid saya ...terima kasih di atas perkongsian yang sangat bagus.

    BalasPadam
  31. Apakah kerja awal sebelum lukisan dihasilkan yer guys takda jawapan kt situ

    BalasPadam
  32. Karya : Lukisan
    Media : Arang, pastel dan pensil warna

    BalasPadam
  33. Perkongsian Yang sangat bermanfaat.Terimakasih.

    BalasPadam