Halaman

23 Mac 2011

RUPA (unsur seni)

Unsur-unsur Seni - RUPA



A. Pengenalan
  • Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
  • Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

rupa

B. Jenis-jenis Rupa

Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri
  • Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
  • dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

rupa geometri

rupa geometri


2. Rupa Organik
  • Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
  • Dihasilkan secara sepontan

rupa organik

rupa organik

C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
  • Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
  • Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

rupa positif 

rupa negatif

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
  • Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
  • Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
  • Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
  • Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak


Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak


1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang / logo
  • Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. 
  • Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun

logo daripada huruf

jenis logo huruf

logo jenis representasi

F. Rupa dan Muka Taip
  • Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
  • Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
  • Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
perbezaan rupa muka taip serif dan san serif

muka taip serif

muka taip san serif

muka taip hiasan

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

 contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip


contoh-contoh rekaan rupa muka taip

karya yang berasaskan rupa muka taip

56 ulasan:

  1. Asalamualaikum.
    Salam hormat dan salam silaturahim.
    BERSAMA KAMI SEKIRANYA BERMINAT
    MENGEMASKINIKAN BIODATA DIRI PANEL PENILAI TEKNIKAL BAHAGIAN BUKU TEKS KPM

    Merujuk perkara di atas dipohon pihak tuan/puan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan(melalui alamat emel anda). Pihak kami mengalu-alukan golongan pendidik yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Pendidikan Seni Visual untuk menilai buku teks dari skop bahan grafik, reka letak, prinsip reka bentuk dan nilai estetik.
    Bagi yang berminat, urusan ini bertujuan merekod dan menyimpan bank data untuk penerbitan akan datang. Butiran ini juga diperlukan untuk menjemput tuan/puan bersama KPM dalam program berkaitan KSSR/KSSM, seminar/kolokium, bengkel dan kursus berkaitan penerbitan buku teks.
    Sebarkan maklumat ini kepada rakan sejawat yang berminat.
    Kerjasama tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.
    Sekian.
    Mohamed Noor bin Othman
    Unit Teknikal Penerbitan Sekolah Menengah
    Sektor Teknikal Penerbitan
    Bahagian Buku Teks, KPM
    Tarikh: 27 April 2011

    Tel: 03- 8884 4430
    017-4709390
    Emel: mnoor_othman@yahoo.com.my
    noor.othman@moe.gov.my

    BalasPadam
  2. hei macam mana kalau nak post dalm fb?

    BalasPadam
  3. dah tutup ke tawaran penilaian buku teks ni

    BalasPadam
  4. good, i like it

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg komen mata dajjal tu cam pernah tngok dajjal asli ja lawak ii

      Padam
  5. maklumat yang cukup sebagai rujukan di internet

    BalasPadam
  6. maklumat yg cukup sebagai maklumat di internet

    BalasPadam
  7. of course is ok#

    BalasPadam
  8. terima kasih banyak. semua isi sini menolong saya banyak dalam membuat folio rupa. terima kasih

    BalasPadam
  9. wowww~~~
    hebat!~
    siap FOlio seni!
    cikgu xde berani mau marah punyaa hehe :)

    BalasPadam
  10. saya suka ;)

    BalasPadam
  11. wow....amazing!!i like it...

    BalasPadam
    Balasan
    1. La truz Gue hruz blang WOOOWW gthuuuuu

      Padam
  12. nak tanya boleh tak ? Contoh-contoh rupa pada sumber alam semulajadi dan rupa pada ciptaan manusia apa ek ? Saya tak faham sangat larr ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      la koq wadul sayaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

      Padam
  13. Terima kasih banyak-II.Blog ni banyak membantu sy buat homework.

    BalasPadam
  14. woooooy
    thankz yaa ataz informnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      yaaaa Lahhhhhhh..........

      Padam
  15. blog ni byk mmbntu sya..terima kasih banyak2 ^_^

    BalasPadam
  16. dah takyah nak beli buku lagi...

    BalasPadam
  17. terima kasih.. ilmu yang luas dan amat bermanfaat..

    BalasPadam
  18. terima kasih infonya,bnyak membantu saya.

    BalasPadam
  19. terima kasih..banyak membantu saya yang baru di arahkan mengajar PSV tanpa pendedahan khas (bukan opsyen). PSV merupakan subjek baru bagi kami sekolah SABK

    BalasPadam
  20. kesimpulan bagi unsur seni? xda?

    BalasPadam
  21. dapat menambah ilmu pemgetahuan

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. sangat baik aplikasi ini

    BalasPadam
  24. unknown unknown ape...ingat PUBG ke nak unknown ni ha ala bodo nye

    BalasPadam
  25. nak tanya apa kah contoh rupa tindanan ada kah sbb saya mencari tapi tk jumpa ii

    BalasPadam
  26. Apakah jenis rupa dalam rajah di bawah ?

    BalasPadam