Halaman

24 Nov 2011

SOALAN PSV 2611/2 TAHUN 2011


Jawab satu soalan sahaja

1. Beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun menjadi belon yang berterbangan di halaman rumah.
Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan ruang.

2. Sebuah kumpulan muzik dianggotai oleh buah rambutan, jagung dan durian yang mempunyai kaki dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert dengan dihadiri ramai peminatnya pada waktu malam.
Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.

3. Tiga ekor anak kucing sedang berebut untuk minum susu dalam sebuah piring yang diletakkan di satu sudut ruang rumah.
Lukiskan aksi anak-anak kucing tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk jalinan dan ruang.

4. Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai.
Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang jalinan dan pergerakan air.

5. Beberapa alat pertukangan seperti penukul besi, gergaji pahat dan beberapa batang kayu terletak di atas sebuah kotak kayu yang telah usang. kelihatan juga paku, beberapa tin cat dan berus yang sudah terpakai di tepi kotak tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberi penekanan kepada bentuk,jalinan dan ruang.

6. Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di sebuah istana yang indah.
Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan ruang.

Pandangan saya....

Soalan 1 memerlukan anda melukis lebih daripada 2 figura. bagi yang tidak mahir melukis figura dalah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada menyusahkan diri anda memandangkan masa agak terhad bagi anda berlatih melukis figura. Walaubagaimana pun anda boleh cuba menggoogle gambar-ganbar berkaitan sebagai panduan.

Berikut beberapa gambar/karya yang digoogle dan boleh dijadikan panduan untuk soalan 1

Soalan1


Soalan 1

Soalan 1

Soalan 1: Perhatikan kadar banding figura kanak-kanak

Soalan 1: Memerlukan lukisan figura kanak-kanak dan wajah comel mereka yang sedang meniup buih sabun.


Soalan 2 (kumpulan muzik daripada buah-buahan) dan 6 (serangga bermain guli di istana indah) memerlukan imaginasi yang tinggi. Anda boleh google contoh-contoh gambar yang bersesuaian dan dengan menggunakan contoh-contoh tersebut anda bolehlah melakar dan membentuk idea mengikut idea dan keativiti anda tersendiri.

Soalan yang agak direct dan mudah mencari bahan ialah soalan 3 (anak-anak kucing berebut untuk minum susu) dan sungai yang disekat oleh beberapa batang pokok yang tumbang)

soalan 3
Penekanan kepada jalinan hendaklah jelas dan detail. Aksi perebutan anak-anak kucing juga harus diberi penekanan agar menepati kehendak soalan


soalan 4

soalan 4

Pokok yang tumbang itu hendaklah menyekat aliran sungai bagi menepati kehendak soalan. Pastikan pergerakan air (jalinan) henaklah jelas. Soalan ini kedengaran mudah kerana pelajar kita agak biasa memilih landskap sebagai pilihan.

Manakala Soalan 5 (peralatan pertukangan) agak lebih teknikal. Anda hendaklah mahir dalam menyusun alatan tersebut bagi memenuhi ruang kertas dan memastikan kadar banding dan perspektif tepat. Subjek agak mudah kerana banyak gambar-gambar berkenaan peralatan tersebut dan ada juga peralatan bapa anda yang ada di rumah di mana anda boleh susun sesuka hati. Kemudian buatlah beberapa cadangan lakaran bagi menghasilkan susunan yang baik.

Soalan 5

Soalan 5

Soalan 5

Contoh-contoh yang boleh diguna pakai untuk soalan 5. Soalan ini lebih sinonim kepada Lukisan Peralatan dan Bahan semasa menghasilkan KRSV dulu.


selamat menghadapi exam 2611/2~~





79 ulasan:

  1. minta izin nak kongsi dgn student saya, ya...
    Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Smoga ia menjadi amal jariah saudara

    BalasPadam
  2. thanx for share this pic in the internet ..:)

    BalasPadam
  3. mohon share dgn students sy..tak ternilai harga jasa saudara..terima kasih

    BalasPadam
  4. Untuk soalan no5..boleh guna Pencil warna ke tak???Saya keliru pada warna sahaja

    BalasPadam
  5. mozes:rasanya hnya contoh..mesti guna media warna kan.

    BalasPadam
  6. soalan no.2 tak ada ke? anyway thanks :)

    BalasPadam
  7. pls gv no.2 example

    BalasPadam
    Balasan
    1. mane soalan no 2 ni...????
      #duduk celoh mano?

      Padam
  8. blh bgi contoh soalan 6ber 6 tak?

    BalasPadam
  9. terima kasih kerana berkongsi dan memberi contoh...boleh membantu anak saya. semoga Allah membalas jasabaik anda.

    BalasPadam
  10. salam...tolg la bg cth soaln no2....dri smlam sy mnggu...tolg sgt2..

    BalasPadam
  11. terima kasih jgk saya na ucapkn..
    senang sket na buat keje..
    tp juz teknik na lukis je sy ta tahu sgt..
    tp ta ape la..
    sy akn try..
    tp bg lg senag sket ley ta..
    yg bentuk gmbar lukisan..
    klaw gmbar asli sy ta pndai sgt la...plz

    BalasPadam
  12. terima kasih atas contoh2 yg dikongsi...

    BalasPadam
  13. jika ade gmbar yang baru link kat facebook sy boleh ta?
    sy harap ta myusahkn..
    juz add cik nora eylena..tq :)

    BalasPadam
  14. Contoh2 karya di sini hanyalah sbg panduan dan kajian. Anda harus menggunakan kreativiti anda untuk hasilkan karya anda yang asli.

    moses> boleh guna media kering spt pensil, pensil warna, oil pastel dan media basah spt warna air, warna poster. Rujuk arahan pd soalan.

    Soalan no.2 perlu rujuk gambar buah2 spt yang dimaksudkan, buat ms ini sy masih lum dpt contoh terbaik utk dipaparkan di sini. Jk ada nanti, insyaallah akn dikongsi bersama di sini.

    No.2 dan 6 perlu imaginasi dan kreativiti, rujuk gambar berkaitan. Jgn lukis spt kartun. Anda harus hasilkan imej realistik yang menampakkan kesan 3D, bentuk dan jalinan. semoga penjelasan ini dpt membantu

    BalasPadam
  15. Boleh tak saya tanya.... bagi soalan 3, boleh tak saya lukis kucing kartun....?? dan mereka berebut seperti gaduh untuk mendapatkan susu tersebut....??

    BalasPadam
  16. thanks sebab laman ni banyak membantu...nak share ngn cikgu n student yaaa...;)

    BalasPadam
  17. terima kasih...bagi rujukan untuk anak n anak2 didik...kalau boleh kongsi utk no2 dan no 6....terima kasih tidak terhingga....

    BalasPadam
  18. nily, elakkan drp melukis kartun krn paper ni seni halus, bukan grafik..

    BalasPadam
  19. soalan no 6 xda erk??

    BalasPadam
  20. okays :) terima kasih :))

    BalasPadam
  21. soalan 2 xde ke

    BalasPadam
  22. tq...cikgu..

    BalasPadam
  23. mcm mane lukisan n02 yer..??

    BalasPadam
  24. puas search gmbar gmbar for exam 1 dec ni. nk try lukis. so glad dpt cari jgk :) thanks a lot. tp yg buah jagung, rambutan n durian main muzik xda ke? dgn serangga main guli dlm istana yg indah?

    BalasPadam
  25. soalan no.6 tu kite kene focus dekat taman yang indah ataupun istana yang indah???
    confius la...please help me...

    BalasPadam
  26. :)).. soalan no 2 mcm mna??

    BalasPadam
  27. boleh tak kta bwa cntoh lkisan time spm nnti? klo kta mlkis imejin kan ssh tpi klo da conth senanglh ckt. kta klo nk mlkis kn msti da objek untk djdkan cntoh.

    BalasPadam
  28. Terima kasih sangat , baru lah rasa lega sikit bila dapat tengok contoh :)

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama: contoh lukisan/sebarang contoh tidak boleh dibawa ke dalam dewan peperiksan

    Soalan 6 fokus pada serangga yg riang bermain guli. Istana dan taman adalah latar

    BalasPadam
  30. terima kasih ....., nie baru jumpe

    BalasPadam
  31. melukis klau kta tak gna warna tpi guna ton pensel sja bolh tak?

    BalasPadam
  32. Terima kasih berkongsi idea dan lukisan sebagai panduan untuk kertas 2611/2 SPM.

    BalasPadam
  33. sya ialah george..emmm ade conth lagi senang x yng no 4 leh x...

    BalasPadam
  34. ada contoh lksan
    soalan no6 x???????

    BalasPadam
  35. saya nk cntoh lukisan nombor 6 la

    BalasPadam
  36. saya nk contoh lukisan soalan 6 ... =(

    BalasPadam
  37. saya nk solan no2 dan solan no6...

    BalasPadam
  38. ad x solan nombor 2...

    BalasPadam
  39. saya nak contoh soalan nombor 6 ^^

    BalasPadam
  40. saya nak tanya kalau warna apa yang markah yang tinggi? warna kayu atau warna air?
    kalau pakai warna kayu saja bolehkah?

    BalasPadam
  41. de gmbar buah x???

    BalasPadam
  42. kemahiran Mulikis ade tpi..kemahiran mewarne xder la pulak

    BalasPadam
  43. ummm.......

    BalasPadam
  44. yap qu nak tow ge cra mewarna : soalan 4

    BalasPadam
  45. cantek<cantek<3cantek<3 (!)
    thnks bg ilhamm~

    BalasPadam
  46. 10q fr give some examples

    BalasPadam
  47. sye nk contoh yg paling senang untuk soalan 4 ad tak?

    BalasPadam
  48. tolong bagi gambar lukisan no.2

    BalasPadam
  49. ada lain punya contoh lukisan bagi soalan no.4?

    BalasPadam
  50. Sikit la... ada lagi x contoh lain22 mungkin ada yang senang sikit ke..... :) ada banyak contoh lagi cantikkkkk...

    BalasPadam
  51. mane soalan no.2 dgn no.6 ni

    BalasPadam
  52. Thanks for the information which really helpful. May God Bless You :)

    BalasPadam
  53. sangat susahnya lukisan ini

    BalasPadam
  54. anyway thanks for sharing some tips on how to draw

    BalasPadam
  55. yg nom5 tu btol ke??
    xmcm kehendak soalan je?

    BalasPadam
  56. thanks thanks :)

    BalasPadam
  57. no 5 tu pakai colour pensil tak pe kan?

    BalasPadam
  58. thnx a lot....

    BalasPadam
  59. ouh bru de idea ..

    BalasPadam
  60. thnks sbb bg sy cntoh....mdah2an sy dpt jwb....hnye allah shja yg mmblz jse baik kamu

    BalasPadam
  61. susahnye nk buat pergerakan air..

    BalasPadam
  62. THANK YOU BECAUSE HELP ME BANGAT2

    BalasPadam
  63. sy bru form5,,tpi tkot ap kuar nnt bla ujian kertas2 spm..
    sbb tgk contoh spm2011 pun agk mnkutkan mcm mn ea???

    BalasPadam
  64. mm contoh lukisan buah-buahan yg sdg uat konsert tak ade ke?
    Bukan ape ckgu suh try buat krts 2 spm 2011..

    BalasPadam
  65. blh x tunjuk contoh lukisan buah-buahan
    sdg wat konsert coz nk wat panduan

    BalasPadam
  66. susah sangat......

    BalasPadam
  67. no2 xde contoh lukisan ke kak ?

    BalasPadam
  68. askum...nak tanya lukisan pemandangan di dalam sebuah hutan terdapat sebatang pokok kayu yang mati terletak di tebing sebuah kolam and then di dalam kolam tersebut tumbuh pokok teratai...kalau ada minta terbitkan..coz nie sebagai panduan untuk lukis dalam exam nanti

    BalasPadam
  69. Yg soalan nombor 3 tu,boleh ker jika kita x perlu warna bila soalan berikut keluar dlm exam seni halus?soalannya sama seperti dengan soalan yg nombor 3 tu... harap segera dibalas ya because next week,exam dah nak mula... sekian

    BalasPadam
  70. ni soalan waktu sy spm dlu ni hahaha..sy buat no 1

    BalasPadam
  71. Hahaha... Esk prikse . Skarang bru nk cari example pic. Haiuiiiisshhh...

    BalasPadam
  72. Hahaha... Esk prikse . Skarang bru nk cari example pic. Haiuiiiisshhh...

    BalasPadam