Halaman

14 Nov 2016

Soalan PSV SPM Kertas 2 Tahun 2016, 2611/2

Jawab satu soalan sahaja.
1. Seorang pengemis wanita yang kelihatan uzur sedang duduk beralaskan kotak di kaki lima sebuah bangunan sambil meminta sedekah. Beliau ditemani oleh anak kecilnya. Kelihatan anak kecilnya sedang bermain dengan seekor kucing.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada suasana, jalinan dan bentuk.
2. Beberapa orang pekerja sedang membaiki bumbung rumah seorang penduduk kampung yang telah dilanda ribut. Kelihatan kayu dan atap bertaburan di atas tanah.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada jalinan. ruang dan bentuk.
3. Beberapa ekor semut sedang menghurung bangkai seekor belalang yang terjatuh di atas sehelai daun kering pada sebatang kayu yang tumbang. Bangkai belalang tersebut hampir reput.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada jalinan. ruang dan bentuk.
4. Sebuah pasu bunga terjatuh di atas lantai. Kelihatan serpihan pasu bersama tanah dan pokok bunga bertaburan serta berselerak di atas lantai.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada jalinan, ruang dan bentuk.
5. Anda sedang mengembara di angkasa lepas sambil menunggang kenderaan yang berupa haiwan laut. Kelihatan planet-planet dan bintang-bintang bertaburan serta bersinar di galaksi.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk dan pencahayaan.
6. Anda memasuki sebuah banglo dua tingkat yang telah lama ditinggalkan. Ketika anda menuruni tangga rumah tersebut, anda terpegun melihat kecantikan lampu gantung dan perabot-perabot antik yang berada di tingkat bawah.
Gambarkan situasi tersebut dari sudut pandangan atas dengan memberi penekanan kepada jalinan, ruang dan bentuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan