Memaparkan catatan dengan label kertas 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kertas 2. Papar semua catatan

22 Feb 2021

PERKONGSIAN YOUTUBE KERTAS 2 PSV 2020

As salam, 

Berikut antara perkongsian Youtube oleh guru2 hebat PSV tentang teknik menjawab Kertas 2 PSV, perkongsian ini adalah contoh dan cadangan dan hanyalah untuk rujukan guru dan calon SPM 2020 bukan untuk peniruan. Lukislah dengan gaya dan idea anda sendiri. 

Selamat menduduki SPM 2020.

Semoga yang berkongsi mendapat keberkatan Ilahi dan bermanfaat kepada semua......

28 Nov 2011

Panduan Melukis Kucing - Langkah Demi Langkah

contoh lakaran

Untuk soalan 3, PSV 2611/2 SPM 2011, saya mengambil kesempatan ini bagi memberi panduan step by step cara melukis bentuk kucing secara asasnya. Untuk menghasilkan struktur kucing, seperti biasa kita hendaklah mulakan dengan buat bulatan sebagai struktur utama kepala dan badan kucing. Tanpa struktur bulatan sebagai asas, kemungkinan bentuk badan kucing tersebut akan lari, tidak seimbang atau tidak duduk ditempat yang sepatutnya.

contoh 1 - kucing yang sedang duduk
contoh 2 - kucing sedang minum / makan
contoh 3 - kucing sedang berdiri

26 Nov 2011

Contoh Lakaran Bagi Seni Halus 2611/2

Contoh Lakaran (Sekadar panduan) Bagi Soalan Seni Halus 

Updated
Adalah dinasihatkan untuk tidak meniru bulat-bulat contoh lukisan di ruangan ini. Sila guna kreativiti anda dengan menggabungkan apa yang anda dapat daripada kajian-kajian anda bagi mendapatkan karya anda yang benar-benar asli.

Di sini saya cuba buat beberapa lakaran yang boleh dijadikan rujukan anak2 murid. Walaubagaimana pun, bukan kesemua soalan yang smpat dibuat. Jika ada kesempatan insyaALLAH akan disusul kemudian.

soalan 1
Figura kanak-kanak agak berbeza dengan figura orang dewasa
untuk figura kanak-kanak

3 Dis 2010

SOALAN PSV SPM KERTAS 2/2010

Berikut soalan PSV kertas 2, 2010. Nampaknya agak mudah tahun ini. Soalan mana yang anda pilih? Diskusi tentang soalan-soalan ini di facebook link


1. Anda sedang menyaksikan satu perlawanan bolasepak di padang sekolah. 
Lukis dari jarak dekat aksi beberapa pemain bola sepak dengan memberi penekanan kepada bentuk figura

2. Anda telah melawat ke kedai ikan hiasan. Anda terpikat dengan kecantikan warna, bentuk dan aksi seekor ikan laga dalam sebuah balang kaca. 
Gambarkan aksi seekor ikan laga dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan pergerakan.

3. Di sebuah gerai kelihatan seorang penjual sedang membetulkan susunan tanda harga barang jualannya yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, udang dan sotong. 
Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk dan jalinan.

4. Dalam sebuah hutan kelihatan seekor haiwan aneh sedang bertindak dengan cemas untuk melepaskan diri daripada cengkaman tumbuh-tumbuhan ganjil. 
Lukis situasi ini mengikut imaginasi anda dengan menitikberatkan bentuk, warna dan aksi.

5. Di atas sebuah meja solek kelihatan minyak wangi, bedak, gincu, minyak rambut, sikat dan barang lain yang digunakan untuk perhiasan diri.
Lukis barang-barang perhiasan diri tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

6. Pada suatu pagi yang cerah, anda sedang berjalan di sebatang lorong yang kecil. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat pokok-pokok pelbagai bentuk dan saiz. Di celah-celah pokok tersebut terdapat pancaran matahari. 
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan pencahayaan.