Sila kunjungi kumpulan PSV di Facebook bagi menyatakan pendapat anda
PENGKARYAAN
1. Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan”. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Hasil karya anda hendaklah menggunakan bahan yang sesuai dengan tema. Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm 60 cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.
PENGKARYAAN
2 Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Kesantunan”. Hasil karya anda hendaklah menggunakan teknik batik atau teknik tenunan. Karya tersebut hendaklah menggunakan gabungan beberapa rekaan sendiri motif yang menunjukkan ciri kebudayaan kebangsaan. Persembahan karya adalah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm 60 cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.
PEREKAAN
3 Hasilkan sebuah rekaan logo yang menonjolkan identiti korporat bagi sebuah syarikat perdagangan bertaraf antarabangsa yang mengeksport barang kraf tangan tempatan. Dengan menggunakan rekaan logo berkenaan, hasilkan juga reka bentuk set identiti korporat yang merangkum kepala surat, sampul surat, kad nama, dan kenderaan perdagangan syarikat tersebut.
Portfolio perekaan hendaklah mengandungi
• permasalahan reka bentuk (design brief)
• lakaran kenit (thumbnail) dan pemilihan lakaran
• lakaran komprehensif
• kajian reka letak, imej, dan tipografi
• senarai peralatan yang digunakan
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan makna dan fungsi
• kemahiran penggunaan bahan dan teknik
• aplikasi bahasa seni visual
• keaslian
• kualiti persembahan
• kemasan
Nota: Reka bentuk identiti korporat yang dihasilkan boleh menggunakan perisian komputer grafik bagi menghasilkan karya akhir sahaja, dan anda hendaklah menyatakan perisian yang digunakan. Penggunaan Clip Art adalah dilarang sama sekali.
PEREKAAN
4 Hasilkan sebuah model reka bentuk hiasan dalaman bagi ruang sebuah restoran yang moden dengan memasukkan unsur-unsur budaya tempatan yang boleh membangkitkan selera pengunjung. Ruang restoran tersebut hendaklah mengambil kira ruang makan, ruang pamer, ruang penyediaan makanan, dan beberapa buah gerai (stall) untuk makanan masak segera.
Model hasil karya hendaklah mematuhi aspek yang berikut:
• tapak model berukuran 40 cm 40 cm
• menggunakan bahan-bahan yang sesuai
• binaan kukuh, ringan, dan stabil
• bahagian atas hasil karya tidak ditutup
Portfolio perekaan hendaklah mengandungi
• permasalahan reka bentuk (design brief)
• tujuan
• kerangka kerja
• pengumpulan maklumat
• lakaran perkembangan idea
• lakaran dan visual akhir
• lukisan pelan mengikut dimensi
• rujukan dan sumber maklumat
• gambar model yang telah siap, diambil dari pelbagai sudut
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan fungsi dan estetik
• kesesuaian bahan dan teknik untuk model
• dimensi model
• aplikasi asas seni reka
• keaslian
• kualiti persembahan
• kemasan
risalah
BalasPadamBoleh tak bagi info sket tentang folio seni stpm taun ni. Soalan 3 - reka bentuk pembungkusan. TQ :)
BalasPadambley ksi mklumt tntg soaln 1 x..xfahamlaa
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam