21 Mac 2022

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PSV SESI 2022/23

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Selamat kembali ke sekolah warga pendidik..

Berikut RPT Sesi 2022/2023 hasil perkongsian rakan-rakan untuk dikongsi bersama, 

Semoga dipermudahkan urusan insan yang memudahkan urusan rakan2 yang lain..

Amin

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PSV TINGKATAN 1 

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PSV TINGKATAN 2 

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PSV TINGKATAN 3 

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PSV TINGKATAN 4 

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PSV TINGKATAN 5 

21 Feb 2022

TEKNIK SENI SULAMAN

Teknik Sulaman 

Berikut dikongsikan teknik sulaman hasil carian dari YouTube sebagai rujukan

JENIS SULAMAN

1. SULAMAN MESIN - Sulaman Kerawang

Sulaman Kerawang

2. SULAMAN TANGAN

Teknik French Knots


2. Teknik Bullion

3. Teknik Ribbon Stitch

4. Teknik Lazy Daisy

5. Teknik Chain Stitch

6. Teknik Jelujur 



13 Jul 2021

PERKONGSIAN YouTube PDPR

Berikut merupakan perkongsian video YouTube PDPR dari rakan2 guru hebat PSV seluruh Malaysia. Semoga perkongsian ini mendapat keizinan, diredhai Allah dan boleh dimanfaatkan oleh semua pihak


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 KSSM

Tajuk 1 PERKEMBANGAN SENI VISUAL  DI MALAYSIA 
Seni Halus https://youtu.be/bwDuNd-ujGs
Seni Reka dan Seni Kraf https://youtu.be/NVRYRVoYMXw

 

6 Jul 2021

📗📕SET LENGKAP📙📘Nota Buku Digital 🎨PEND SENI VISUAL T1 KSSM Oleh Norazila Khalid 🌷

Berikut adalah perkongsian bahan PdPR iaitu Set Lengkap Nota Digital Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 dan 2 oleh rakan guru Puan Norazila Khalid. 

Semoga atas usaha beliau memberi manfaat kepada semua dan kita doakan semoga beliau dipermudahkan segala urusan dimurahkan rezeki dan diberkati Allah Taala. Amin

📗📕SET LENGKAP📙📘
Nota Buku Digital 🎨
PEND SENI VISUAL T1 KSSM
Oleh Norazila Khalid 🌷

🎨Tajuk 1 PERKEMBANGAN SENI VISUAL  DI MALAYSIA 

✍🏻Tajuk 2 GARISAN

😀Tajuk 3 RUPA

🔷Tajuk 4 BENTUK

🚙Tajuk 5 JALINAN

🏠Tajuk 6 RUANG

25 Mei 2021

Warna apa awak guna?


Kenali ringkas sisi merbahaya warna digunakan ramai pelukis.


Warna sebahagianya mengandungi unsur2 yang memudaratkan kesihatan!

-Keberadaan warna kerana adanya pigment. Sumber pigment dari bahan mineral dan syntetic. Mineral dari alam semula jadi. Syntetic dari proses tiruan.

-Dari pigment di proses menjadi bahan berwarna. Cat minyak, acrylic dan sebagainya.
Sebahagian pigment mengandungi kepekatan toxic yang tinggi.

-Cat minyak tidak menyejat ke udara. "Bahantaranya" akan mengikat pigment dari terlepas semasa proses mengeras.

TETAPI apabila cat minyak dicampurkan turpentine semasa  melukis, terpuntine yang terlepas ke udara akan membawa pigmen dan membebaskanya.

-Pigment acrylic diikat oleh polimer acrylic. Oleh kerana air antara kandunganya,
apabila berlaku proses pemelowapan membawa bersama pigment dan bahan lainya.

-Flake White dan warna yang ada perkataan cadminium ( terutamanya Cadminium Yellow) mengandungi kepekatan toksid lebih.

22 Feb 2021

PERKONGSIAN YOUTUBE KERTAS 2 PSV 2020

As salam, 

Berikut antara perkongsian Youtube oleh guru2 hebat PSV tentang teknik menjawab Kertas 2 PSV, perkongsian ini adalah contoh dan cadangan dan hanyalah untuk rujukan guru dan calon SPM 2020 bukan untuk peniruan. Lukislah dengan gaya dan idea anda sendiri. 

Selamat menduduki SPM 2020.

Semoga yang berkongsi mendapat keberkatan Ilahi dan bermanfaat kepada semua......

KONGSI SLIDE PDPR

As salam. 

Berikut dikongsikan slide PdPR yang dihasilkan oleh rakan2 guru PSV utk kegunaan rakan2 guru. Credit to Cikgu siti rosni nik mohd zaidmoga beliau mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua warga pendidik PSV khususnya.

Tingkatan 1

13 Feb 2018

Can Can DesaKu

Can Can DesaKu
A World Class Standard Piece of  Mural Art by Our  Malaysian Own Can Can Artists Mohamad Farhan & Mohamad Faiz


5 Feb 2018

SOALAN KERJA KURSUS KRSV 2611/3 TAHUN 2018

Assalamualaikum... setahun berlalu, admin tak sempat nak post apa2 bahan dalam blog ni.. sibuk manjang. Apa pun kepada calon2 SPM 2018, bolehlah memuatturun Soalan Kerja Kursus PSV KRSV 2018 di link berikut:

SOALAN KRSV 2018

SOALAN KRSV 2018 LPM

1 Feb 2017

Soalan KRSV 2611/3 Tahun 2017

Assalamualaikum

Para calon Pendidikan Seni Visual SPM 2017 bolehlah muat turun soalan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) 2611/3 Tahun 2017 di sini :

KRSV 2611/3 2017

Atau boleh juga muat turun dari laman sesawang LPM :

KRSV 2611/3 2017

Selamat menjalankan tugasan KRSV!

2 Jan 2017

RPT PSV 2017

Assalamualaikum selamat sejahtera...

Selamat Tahun Baru 2017.
Tahniah kerana ada sebahagian rakan kita di yang menjadi guru PSV 2017. Berikut RPT 2017 yang dikongsi oleh rakan guru dari SMK Bukit Mewah utk dimanfaatkan bersama oleh guru-guru PSV. Terima kasih kepada tuan empunya fail. Semoga bermanfaat.

Rancangan Tahunan PSV KSSM Tingkatan 1
Rancangan Tahunan PSV Tingkatan 2
Rancangan Tahunan PSV Tingkatan 3
Rancangan Tahunan PSV Tingkatan 4
Rancangan Tahunan PSV Tingkatan 5

14 Nov 2016

Soalan PSV SPM Kertas 2 Tahun 2016, 2611/2

Jawab satu soalan sahaja.
1. Seorang pengemis wanita yang kelihatan uzur sedang duduk beralaskan kotak di kaki lima sebuah bangunan sambil meminta sedekah. Beliau ditemani oleh anak kecilnya. Kelihatan anak kecilnya sedang bermain dengan seekor kucing.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada suasana, jalinan dan bentuk.
2. Beberapa orang pekerja sedang membaiki bumbung rumah seorang penduduk kampung yang telah dilanda ribut. Kelihatan kayu dan atap bertaburan di atas tanah.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada jalinan. ruang dan bentuk.
3. Beberapa ekor semut sedang menghurung bangkai seekor belalang yang terjatuh di atas sehelai daun kering pada sebatang kayu yang tumbang. Bangkai belalang tersebut hampir reput.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada jalinan. ruang dan bentuk.
4. Sebuah pasu bunga terjatuh di atas lantai. Kelihatan serpihan pasu bersama tanah dan pokok bunga bertaburan serta berselerak di atas lantai.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada jalinan, ruang dan bentuk.
5. Anda sedang mengembara di angkasa lepas sambil menunggang kenderaan yang berupa haiwan laut. Kelihatan planet-planet dan bintang-bintang bertaburan serta bersinar di galaksi.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk dan pencahayaan.
6. Anda memasuki sebuah banglo dua tingkat yang telah lama ditinggalkan. Ketika anda menuruni tangga rumah tersebut, anda terpegun melihat kecantikan lampu gantung dan perabot-perabot antik yang berada di tingkat bawah.
Gambarkan situasi tersebut dari sudut pandangan atas dengan memberi penekanan kepada jalinan, ruang dan bentuk.

1 Feb 2016

SOALAN KRSV SPM 2016

Muat turun dari web LPM. Soalan KRSV SPM 2016. Mana satu pihan anda?

Selamat berjuang kepada semua guru PSV SPM dan semua calon2 PSV SPM 2016

19 Nov 2015

SOALAN PSV SPM KERTAS 2 2015

Assalamualaikum...
Oleh kerana agak kesibukan.. saya memohon maaf kerana tak sempat update blog.. walau apa pun sempena demam SPM tahun ni, saya memohon maaf terlebih dahulu kerana mengambil beberapa keping gambar hasil lukisan dan lakaran rakan-rakan guru kita yang berkongsi karya dari fb group PSV. Allah jua yang dapat membalas jasa baik anda semua..
Semoga dapat membantu para adik-adik SPM 2015 untuk menghasilkan lukisan sendiri utk SPM minggu hadapan..

1 Feb 2015

Soalan Kerja Kursus PSV KRSV SPM 2015

Soalan kerja kursus dah keluar!!... Jom muat turun Kerja kursus PSV SPM 2015.

http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/images/bahan/spm/2015/KerjaKursus/2015_2611_3_PSV_QP_CRC.pdf

https://docs.google.com/file/d/0B9MxlfWZ8AS6N2NMVkxvMzJndG8/edit?usp=docslist_api

21 Jun 2014

Perspektif Warna

Bagi menghidupkan lagi sesebuah karya, pengetahuan dalam gubahan perspektif warna amatlah penting kerana dengan penggunaan campuran warna yang betul dapat menampakkan kadar kedalaman sesebuah ruang samada ruang cetek atau dalam. Selain daripada saiz objek yang dilukis semakin kecil ke belakang.

bangunan dan manusia yang semakin jauh selain daripada dilukis dengan saiz yang lebih kecil, 
diwarnakan juga dengan warna yang semakin pudar bagi menampakkan kesan ruang

bangunan dan pokok yang semakin jauh diwarnakan dengan warna 
yang semakin pudar ke belakang

1. Perubahan ton warna sama ada daripada terang kepada gelap atau sebaliknya iaitu daripada gelap kepada terang dapat menampakkan kedalaman sesebuah ruang

2. Semakin jauh kedalaman sesuatu ruang, semakin pudar warna objek-objek di dalamnya. Contoh yang biasa kita lihat iaitu bukit bukau di sekeliling kita. Warna bukit akan berubah daripada hijau kekuning-kuningan kepada hijau pudar kebiru-biruan.


17 Apr 2014

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid PPPM (Penambaikan PBS)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Guru-guru yang mengajar kelas-kelas PBS sepatutnya telah diberi taklimat tentang perubahan dan penambahbaikan PBS oleh pihak pentadbiran sekolah masing-masing. Dari PMR menjadi PBSMR, kemudian ditukarkan ke PPMR dan kini dengan rasmiya PMR mulai tahun 2014 ditukarkan kepada Pentaksiran Tingkatan 3, PT3.

Antara perubahannya termasuklah Dokumen Standard Prestasi (DSP) ditukarkan kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) yang telah dipermudahkan. Guru-guru PSV boleh memuat turun dari :-

Laman Web Lembaga Peperiksaan di sini
atau

         PPPM PSV Tingkatan 1
         PPPM PSV Tingkatan 2
         PPPM PSV Tingkatan 3

Selain daripada itu, tiada lagi sistem SPPBS Online dan fail Eviden, fail Perkembangan Murid dan Fail Showcase juga telah di hapuskan.

Markah murid pula akan di masukkan data oleh guru secara offline ke dalam sistem Ms Excel yang belum dikeluarkan lagi oleh pihak kementerian..

3 Feb 2014

Soalan KRSV 2014

Assalamualaikum dan salam 1M,

Kepada calon-calon SPM 2014, bolehlah memuat turun Soalan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) SPM 2014 di link Lembaga Peperiksaan berikut:

Soalan KRSV 2014 (web LPM)
atau
Soalan KRSV 2014 (Google Drive PSV)

Selamat berjuang

10 Jan 2014

Dokumen Standard Prestasi PSV T3

Assalamualaikum salam 1M,

Mohon maaf kerana lewat serta jarang-jarang berkongsi kebelakangan ini disebabkan pelbagai tugas dan kekangan masa.. Kepada guru-guru yang mengajar PSV T3 bermula tahun 2014, terkini terdapat perubahan Dokumen Standard Prestasi PSV T3 yang boleh di muat turun di link berikut di bawah. Walaubagaimanapun, DSP ini masih juga di peringkat Draft, sebarang perubahan DSP akan dimaklumkan kemudian... In Sya Allah

Selamat menjalankan tugas..

DSP PSV T3

Dapatkan juga Rancangan Pengajaran Tahunan, Sukatan, Huraian Sukatan serta Dokumen Standard Prestasi di sini

RPT SUKATAN HSP DSP PSV

15 Nov 2013

Dokumen Standard Prestasi (DSP) PSV Tingkatan 3

Assalamualaikum dan Salam 1M,

Kepada yang bakal mengajar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Seni Visual (PSV) Tingkatan 3 yang sedang tercari-cari Dokumen Standard Prestasi (DSP) tingkatan 3, bolehlah muat turun di sini..

Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Seni Visual TIngkatan 3 (Draf)

Untuk pengetahuan, ini adalah DSP Draf yang digunakan semasa Kursus Pennyebaran PBS T3 tempohari. Ia boleh digunakan sebagai rujukan bagi membuat Perancangan Tahunan 2014, sekiranya berlaku perubahan DSP, akan dimaklumkan kemudian..