Memaparkan catatan dengan label pendidikan seni visual. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan seni visual. Papar semua catatan

21 Feb 2022

TEKNIK SENI SULAMAN

Teknik Sulaman 

Berikut dikongsikan teknik sulaman hasil carian dari YouTube sebagai rujukan

JENIS SULAMAN

1. SULAMAN MESIN - Sulaman Kerawang

Sulaman Kerawang

2. SULAMAN TANGAN

Teknik French Knots


2. Teknik Bullion

3. Teknik Ribbon Stitch

4. Teknik Lazy Daisy

5. Teknik Chain Stitch

6. Teknik Jelujur 



13 Jul 2021

PERKONGSIAN YouTube PDPR

Berikut merupakan perkongsian video YouTube PDPR dari rakan2 guru hebat PSV seluruh Malaysia. Semoga perkongsian ini mendapat keizinan, diredhai Allah dan boleh dimanfaatkan oleh semua pihak


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 KSSM

Tajuk 1 PERKEMBANGAN SENI VISUAL  DI MALAYSIA 
Seni Halus https://youtu.be/bwDuNd-ujGs
Seni Reka dan Seni Kraf https://youtu.be/NVRYRVoYMXw

 

6 Jul 2021

📗📕SET LENGKAP📙📘Nota Buku Digital 🎨PEND SENI VISUAL T1 KSSM Oleh Norazila Khalid 🌷

Berikut adalah perkongsian bahan PdPR iaitu Set Lengkap Nota Digital Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 dan 2 oleh rakan guru Puan Norazila Khalid. 

Semoga atas usaha beliau memberi manfaat kepada semua dan kita doakan semoga beliau dipermudahkan segala urusan dimurahkan rezeki dan diberkati Allah Taala. Amin

📗📕SET LENGKAP📙📘
Nota Buku Digital 🎨
PEND SENI VISUAL T1 KSSM
Oleh Norazila Khalid 🌷

🎨Tajuk 1 PERKEMBANGAN SENI VISUAL  DI MALAYSIA 

✍🏻Tajuk 2 GARISAN

😀Tajuk 3 RUPA

🔷Tajuk 4 BENTUK

🚙Tajuk 5 JALINAN

🏠Tajuk 6 RUANG

14 Nov 2016

Soalan PSV SPM Kertas 2 Tahun 2016, 2611/2

Jawab satu soalan sahaja.
1. Seorang pengemis wanita yang kelihatan uzur sedang duduk beralaskan kotak di kaki lima sebuah bangunan sambil meminta sedekah. Beliau ditemani oleh anak kecilnya. Kelihatan anak kecilnya sedang bermain dengan seekor kucing.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada suasana, jalinan dan bentuk.
2. Beberapa orang pekerja sedang membaiki bumbung rumah seorang penduduk kampung yang telah dilanda ribut. Kelihatan kayu dan atap bertaburan di atas tanah.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada jalinan. ruang dan bentuk.
3. Beberapa ekor semut sedang menghurung bangkai seekor belalang yang terjatuh di atas sehelai daun kering pada sebatang kayu yang tumbang. Bangkai belalang tersebut hampir reput.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada jalinan. ruang dan bentuk.
4. Sebuah pasu bunga terjatuh di atas lantai. Kelihatan serpihan pasu bersama tanah dan pokok bunga bertaburan serta berselerak di atas lantai.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada jalinan, ruang dan bentuk.
5. Anda sedang mengembara di angkasa lepas sambil menunggang kenderaan yang berupa haiwan laut. Kelihatan planet-planet dan bintang-bintang bertaburan serta bersinar di galaksi.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk dan pencahayaan.
6. Anda memasuki sebuah banglo dua tingkat yang telah lama ditinggalkan. Ketika anda menuruni tangga rumah tersebut, anda terpegun melihat kecantikan lampu gantung dan perabot-perabot antik yang berada di tingkat bawah.
Gambarkan situasi tersebut dari sudut pandangan atas dengan memberi penekanan kepada jalinan, ruang dan bentuk.

14 Okt 2009

Rancangan Pengajaran dan Sukatan PSV

Sila klik link berikut untuk dapatkan bahan


Rancangan Tahunan PSV di ruangan ini perlulah diubahsuai ikut tahun semasa dan mengikut aras murid-murid di sekolah masing-masing.


Dokumen Penjajaran Kurikulum Edisi 2 bermula 2021

Sukatan Pelajaran PSV


Sekolah Menengah


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) 2021



Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
DSKP PSV Tingkatan 1
DSKP PSV Tingkatan 2 

Template PBD
Template Pelaporan PSV Tingkatan 5

Pengurusan Panitia