15 Nov 2013

Dokumen Standard Prestasi (DSP) PSV Tingkatan 3

Assalamualaikum dan Salam 1M,

Kepada yang bakal mengajar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Seni Visual (PSV) Tingkatan 3 yang sedang tercari-cari Dokumen Standard Prestasi (DSP) tingkatan 3, bolehlah muat turun di sini..

Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Seni Visual TIngkatan 3 (Draf)

Untuk pengetahuan, ini adalah DSP Draf yang digunakan semasa Kursus Pennyebaran PBS T3 tempohari. Ia boleh digunakan sebagai rujukan bagi membuat Perancangan Tahunan 2014, sekiranya berlaku perubahan DSP, akan dimaklumkan kemudian..

2 Sep 2013

Arca Estetik dan Arca Berfungsi

Kategori Arca

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek yang sebenar yang difahami kewujudannya seperti patung manusia. Arca abstrak bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk mengintepritasikan bentuk dan maksud arca itu. Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu arca estetik dan arca berfungsi

Contoh arca realis, 'Statue of Habacuc' (1423-35) oleh pengarca Donatello

Contoh arca hyper realistic oleh pengarca Ron Mueck 

Contoh arca abstrak 'Perhubungan', oleh Syed Ahmad Jamal, 1964, bahan : kayu

Arca Estetik

1  Merupakan arca yang dijadikan bahan peragaan atau tatapan sahaja. Ia dipamerkan diruangan galeri atau ruang dalam bangunan sebagai penghias.

2. Arca sebegini mempunyai nilai intelektual yang memerlukan daya pemikiran yang kritis untuk memahami maksud taua mengintepritasikannya.

Contoh Arca Estetik

 Bayu Utomo , 'Bujang Berani', 1991, bahan : besi

Anthony Lau, 'Ayam Jantan', 1963, bahan : besi

13 Jun 2013

Ruang

Pengenalan Ruang




Pelbagai ruang pada alam sekeliling

1. Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam sesuatu objek.
kawasan kosong di sekeliling objek

jarak antara dua objek

kawasan di dalam sesuatu objek

2. Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni.

3. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan akan kelihatan semakin kecil apabila berada di belakang/jauh.

mug merah lebih besar berbanding mug putih yang berada di belakang

bahagian bawah mug ini pula kelihatan lebih kecil berbanding bahagian atas kerana jaraknya yang lebih jauh

pokok-pokok ini kelihatan mengecil ke atas kerana berada lebih jauh berbanding bahagian pangkal pokok

6 Mac 2013

Rujukan Tugasan Arca Mobail KRSV


Idea Tugasan Sarung Bantal

Idea Tugasan Jet Pejuang

Idea Untuk KRSV Kalendar 3D

Assalamualaikum & s.s..
Agak terlewat untuk post bahan2 berkaitan krsv memandangkan pihak blog banyak memaparkan pada halaman fb psv. Walaubagaimana pun di sini dipaparkan sedikit himpunan koleksi2 yang boleh diguna pakai untuk KRSV 2013..
Berikut adalah gambar aksi penunggang basikal dan koleksi kalendar..

1 Feb 2013

SOALAN KRSV 2013 (2611/3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Bagi guru-guru yang mengajar kelas SPM dan calon-calon SPM tahun ini, dah tibalah masanya untuk berhempas pulas mulai sekarang kerana.....Soalan KRSV dah keluar!!.... Anda boleh klik di sini bagi memuat turun dari laman web KPM. Selamat manjalankan tugas.. :)

SOALAN KRSV 2013