28 Nov 2011

Panduan Melukis Kucing - Langkah Demi Langkah

contoh lakaran

Untuk soalan 3, PSV 2611/2 SPM 2011, saya mengambil kesempatan ini bagi memberi panduan step by step cara melukis bentuk kucing secara asasnya. Untuk menghasilkan struktur kucing, seperti biasa kita hendaklah mulakan dengan buat bulatan sebagai struktur utama kepala dan badan kucing. Tanpa struktur bulatan sebagai asas, kemungkinan bentuk badan kucing tersebut akan lari, tidak seimbang atau tidak duduk ditempat yang sepatutnya.

contoh 1 - kucing yang sedang duduk
contoh 2 - kucing sedang minum / makan
contoh 3 - kucing sedang berdiri

26 Nov 2011

Contoh Lakaran Bagi Seni Halus 2611/2

Contoh Lakaran (Sekadar panduan) Bagi Soalan Seni Halus 

Updated
Adalah dinasihatkan untuk tidak meniru bulat-bulat contoh lukisan di ruangan ini. Sila guna kreativiti anda dengan menggabungkan apa yang anda dapat daripada kajian-kajian anda bagi mendapatkan karya anda yang benar-benar asli.

Di sini saya cuba buat beberapa lakaran yang boleh dijadikan rujukan anak2 murid. Walaubagaimana pun, bukan kesemua soalan yang smpat dibuat. Jika ada kesempatan insyaALLAH akan disusul kemudian.

soalan 1
Figura kanak-kanak agak berbeza dengan figura orang dewasa
untuk figura kanak-kanak

24 Nov 2011

SOALAN PSV 2611/2 TAHUN 2011


Jawab satu soalan sahaja

1. Beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun menjadi belon yang berterbangan di halaman rumah.
Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan ruang.

2. Sebuah kumpulan muzik dianggotai oleh buah rambutan, jagung dan durian yang mempunyai kaki dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert dengan dihadiri ramai peminatnya pada waktu malam.
Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.

3. Tiga ekor anak kucing sedang berebut untuk minum susu dalam sebuah piring yang diletakkan di satu sudut ruang rumah.
Lukiskan aksi anak-anak kucing tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk jalinan dan ruang.

4. Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai.
Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang jalinan dan pergerakan air.

5. Beberapa alat pertukangan seperti penukul besi, gergaji pahat dan beberapa batang kayu terletak di atas sebuah kotak kayu yang telah usang. kelihatan juga paku, beberapa tin cat dan berus yang sudah terpakai di tepi kotak tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberi penekanan kepada bentuk,jalinan dan ruang.

6. Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di sebuah istana yang indah.
Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan ruang.

Pandangan saya....

Soalan 1 memerlukan anda melukis lebih daripada 2 figura. bagi yang tidak mahir melukis figura dalah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada menyusahkan diri anda memandangkan masa agak terhad bagi anda berlatih melukis figura. Walaubagaimana pun anda boleh cuba menggoogle gambar-ganbar berkaitan sebagai panduan.

Berikut beberapa gambar/karya yang digoogle dan boleh dijadikan panduan untuk soalan 1

Soalan1

20 Okt 2011

Proses Menulis Kaligrafi


Peralatan dan Media kaligrafi

Pada masa dahulu manusia menggunakan pelepah bulu burung dan buluh bagi menulis kaligrafi. Kaedah ini memerlukan proses mencelup dakwat yang lebih kerap.

bulu burung dan dakwat

buluh yang digunakan untuk membuat pen manuskrip

bahagian hujung buluh diraut bagi mendapat saiz dan 
bentuk mata pen manuskrip yang dikehendaki

Kini terdapat pelbagai jenis pen manuskrip di pasaran. Dakwat juga boleh dicelup atau disimpan dalam kuantiti yang banyak. Pen manuskrip mempunyai pelbagai saiz mata penanya daripada yang halus sehinggalah yang lebar. Ada juga dipasaran pen untuk manusia kidal. (left handed)

19 Okt 2011

Seni Kaligrafi



 Pengenalan

  1. Perkataan kaligrafi diambil daripada bahasa Yunani Greek Kallos Grapha bermaksud ’tulisan cantik’.
  2. Kaligrafi diperkenalkan sejak zaman Mesir Purba, Yunani Purba dan China Purba.
  3. Pada masa itu, tulisan diukir atas batu atau kepingan buluh dengan menggunakan alat yang tajam.
  4. Kemudian, alat tulis seperti buluh, bulu ayam, berus digunakan untuk menulis di atas kulit kayu atau belulang.
  5. Sejak rekaan kertas, pelbagai jenis pen digunakan untuk menulis kaligrafi.
  6. Bagi tulisan Rumi dan tulisan Khat, pen manuskrip amat sesuai digunakan.

Ciri-ciri Kaligrafi

  1. ketepatan
  2. keseragaman
  3. gerak bentuk yang sama
  4. gaya huruf tertentu
  5. susunan huruf teratur dan seimbang
  6. hiasan pada huruf mempunyai gaya tertentu
  7. kesan keseluruhan cantik dan berharmoni

5 Ogo 2011

Reka Bentuk Hiasan Dalaman



Pengenalan
Seni reka hiasan dalaman ialah seni menyusun dan mereka bahagian dalaman bilik supaya ia lebih slesa, harmoni dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya

Perkara yang perlu diketahui sebelum penghasilan rekaan hiasan dalaman


i.   Fungsi bilik
Sama ada bilik tersebut digunakan sebagai bilik pejabat, bilik tamu, bilik tidur dan sebagainya

hiasan dan perabot bergantung kepada jenis ruang dan kegunaannya

ii.  Saiz bilik
Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan dan jenis perabot yang akan digunakan

iii. Bentuk bilik
Bentuk segi empat sama atau segi empat tepat dan sebagainya

19 Jul 2011

Gubahan Warna


Gubahan Warna
Sewarna, warna harmoni dan warna penggenap


Sewarna
1. Sewarna adalah gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom.
2. Sewarna dapat dihasilkan dengan campuran satu warna dengan hitam bagi mendapatkan kesan gelap dan putih bagi mendapatkan warna cerah.

kumpulan warna sewarna

17 Jul 2011

GARISAN


Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Pengenalan Garisan


1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.


2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam

22 Mei 2011

Melukis dan Mewarna Pokok



Tumbuh-tumbuhan atau pokok adalah salah satu daripada benda ciptaan tuhan dan banyak dihasilkan dalam karya-karya seni yang berasaskan landskap.

Teknik melukis pokok

1. Melukis struktur pokok. Mengenal pasti jenis pokok yang hendak dilukis dan menghasilkan lakaran ringkas struktur batang dan ranting dengan mengunakan pensel yang tidak terlalu gelap dan tekanan yang perlahan.


15 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011


Selamat Hari Guru...
Kepada semua warga guru seluruh Malaysia, 
Selamat menyambut Hari Guru 2011, 
Semoga sentiasa berbangga dan tabah menjadi seorang guru.. 

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara......

11 Mei 2011

Jadual waktu Peperiksaan SPM 2011

Assaamualaikum,
Nampaknya dah ada jadual UPSR, PMR dan SPM di laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia... Marilah kita sama-sama memuat turun dan mengatur segala perancangan untuk hujung tahun nanti...

Muat Turun Jadual di LPM
http://apps2.moe.gov.my/lpm/index.php

UPSR
http://lp.moe.gov.my/files/upsr/2011/JWUPSR2011_21022011.pdf

PMR
http://lp.moe.gov.my/files/pmr/2011/JWPMR2011_21022011.pdf

SPM
http://www.moe.gov.my/lp/files/spm/2011/JADUAL%20WAKTU%20SPM%202011%20FINAL.pdf

29 Apr 2011

Reka Bentuk Korporat - Komunikasi Visual


Reka bentuk korporat

1. Reka bentuk korporat atau lebih dikenali sebagai identiti korporat iaitu identiti visual sesebuah syarikat, organisasi atau institusi.

2. Reka bentuk korporat wujud apabila terdapat keselarasan dari segi stail, warna rekaan dalam semua bentuk persembahan organisasi dan bertujuan untuk memperjelaskan identiti badan tertentu.

3. Reka bentuk korporat merangkumi prinsip asas visual yang melambangkan organisasi dan produk atau perkhidmatannya.

4. Rekaannya meliputi semua bahan, dokumen, kepala surat, kad perniagaan, invois, kemeja T, diari, kalendar, kenderaan syarikat, pen, risalah, buku nota dan semua peralatan menggunakan identiti iaitu logo, skima warna dan rekaan yang sama.

contoh-contoh reka bentuk korporat

sampul surat, kepala surat dan kad perniagaan

23 Mac 2011

RUPA (unsur seni)

Unsur-unsur Seni - RUPA



A. Pengenalan
  • Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
  • Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

rupa

B. Jenis-jenis Rupa

Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri
  • Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
  • dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

rupa geometri

rupa geometri

22 Mac 2011

PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.

1. Harmoni
  • Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
  • Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
  • Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
  • Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

harmoni dari segi garisan

harmoni dari segi bentuk

harmoni dari segi rupa

2. Kontra
  •  Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
  • Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
kontra dari segi bentuk

kontra dari segi warna

kontra dari segi warna

9 Feb 2011

Poster



Pengenalan

1. Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.

2. Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.

3. Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai  serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan

8 Feb 2011

24 Jan 2011

Lukisan Teknik Titik (Pointillism)



Lukisan Teknik Titik

Salah satu daripada teknik lukisan adalah teknik titik atau lebih dikenali sebagai 'pointillism'. Bagi menghasilkan lukisan teknik titik ini, alat yang diperlukan adalah sejenis pen yang dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan dakwat basah. Penggunaan pen mata bola akan memberi hasil yang tidak memuaskan.

Kesabaran diperlukan dalam menghasilkan lukisan jenis ini kerana jika tidak sabar titik yang terhasil agak kurang baik dan terbentuk seperti garisan yang berekor. Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur rangka objek terlebih dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton cerah, sederhana dan gelap

Mulakan dengan ton yang cerah dan tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi mendapatkan ton yang gelap
Contoh:
perbezaan dari ton gelap ke cerah

11 Jan 2011

Penghasilan Tembikar Cara Lempar Alin

Membentuk Tembikar Teknik Lempar Alin/ putaran

1. Teknik ini hendaklah menggunakan mesin pemutar atau roda pemutar
2. Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran
3. Bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja