29 Okt 2009

Tembikar - Teknik Pembuatan Labu Sayong

Labu sayong

Labu sayong

Pembikinan labu sayong

Peralatan Yang Digunakan

penepek

1. Penepek

Sebatang kayu diguanakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.

sudip

2. Sudip

Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.

pengukir

3. Pengukir

Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan-hiasan pada labu.

batu luru
4. Batu Luru / Licin

Digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.

Pinggan alas

5. Pinggan Ayan / Piring Capah

Berfungsi sebagai roda pemutar.

Proses Pembuatan Labu Sayong

Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.

Tanah liat boleh dijumpai di tepi-tepi sungai

Tanah liat ditapis bagi mengasingkan kekotoran

1. Menyediakan Tanah

Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada.

Setelah nyata bersih, tanah itu duli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.

Membentuk tanah liat

Membentuk tanah liat


2. Membentuk

Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.

Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.

Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu.

Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

Penggunaan batu sungai bagi melicinkan permukaan labu

Ragam hias menggunakan pelarik
3. Menghias

Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.


Labu yang disalai

pembakaran tembikar

labu dimasukkan ke dalam sekam padi bagi mendapatkan warna kepada labu tersebut

4. Membakar

Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.

Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.

Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

Labu yang telah siap

labu yang telah siap

28 Okt 2009

CATAN - Aliran Seni Catan Barat

Definisi catan

• Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan.
• Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya.

Sejarah Seni Catan

• Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko.
• Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko.
• Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.

Karya Eugene Delacroix
• Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme.
• Berjodol Liberty Leading the People (1830).
• Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.


Karya Van Gogh

Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19.
Aliran Impressionisme.
Berjodol : Bedroom.
mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang.
Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.

Karya Warhol

• Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20.
• Aliran Pop Art.
• Berjodol Marylin Monroe
• Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu.
• Gaya umpama poster untuk pengiklanan.

Aliran-aliran seni catan di barat

• Klasik
• Barroque
• Romanticisme
• Impressionisme
• Post-Impressionisme
• Ekspressionisme
• Kubisme
• Surelisme
• Seni Pop

Aliran Klasik

• Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.
• Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
• Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
• Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.
• Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.
• Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.

Leonardo Da Vinci

Michalengelo
Aliran Romanticism

• Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.
• Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.
• Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.
• Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura
• Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.
• Penggunaan garisan luar yang terang.
• Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja.
• Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam.
• Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

Eugene Delacroix

Eugene Delacroix

Eugene Delacroix

Francisco José de Goya
Francisco José de Goya

Aliran Barroque

• Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.
• Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
• Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.
• Latar belakang karya berwarna gelap
• Karya tertumpu kepada objek

Rembrandt van Rijn

Rembrandt van Rijn

Rembrandt van Rijn
Aliran Impressionism

• Aliran muncul pada abad ke-19.
• Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
• Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
• Warna bertindih-tindih.
• Tidak melukid secara detail.
• Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.
• Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.
• Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
• Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.

Claude Monet

Claude Monet
Edgar Degas

Vincent Van Gogh

Pierre-Auguste Renoir
Aliran Post-Impressionisme

• Realiti itu sentiasa baru dan tegas
• bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
• bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
• melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.
• melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
• perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
• warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

George Seurat

Paul Cezanne

Paul Gauguin
Aliran Kubisme

• Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
• Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
• Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
• Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
• Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
• Warna yang bertenaga

Pablo Picasso

Marcel Duchamp
Aliran Ekpresionisme

• Menolak ciri-ciri tradisi klasik
• Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
• Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
• Penggunaan warna yang dramatik
• Tidak ada imej yang jelas.
• Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

Wassily Kandinsky

Jackson Pollock
Aliran Surelisme

• Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
• Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
• Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
• Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
• Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.
• Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

Salvador Dali
Aliran Seni Pop

• Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.
• Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.
• Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
• Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
• Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.
• Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Andy Warhol

27 Okt 2009

Catan Cat Air - Teknik Mewarna - Bekas Serbaguna

1. Buat lakaran terlebih dahulu. Setelah lakaran dibuat pilih warna yang sesuai untuk diwarnakan.

Warnakan terlebih dahulu bahagian latar dan objek. Gunakan warna yang muda dan cair.

2. Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat. Gunakan berus yang bersaiz sederhana.

3. Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses memperincikan jalinan pada objek-objek yang dilukis. Biarkan gubahan kering sepenuhnya.

4. Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan lebih teliti.
Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap.
Perkemaskan kesan jalinan.
Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus.