23 Nov 2012

Soalan No. 6 - Monyet Besar

Assalamualaikum / salam sejahtera..

Soalan 6 berbunyi:

6. Seekor monyet besar sedang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam gaung.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberikan penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.

Soalan 6 agak mudah kerana elemen-elemen yang diperlukan dalam kehendak soalan lebih mudah berbanding soalan-soalan lain iaitu monyet besar menyelamatkan kanak-kanak yang terjatuh dalam gaung. Jadi anda hanya perlu mengkaji figura aksi monyet, sebarang jenis monyet.. lalu besarkan figura tersebut agak kelihatan lebih besar berbanding manusia. Seterusnya kajian anda adalah figura kanak-kanak.. Lukiskan aksi seperti sedang menyelamat seperti menarik tangan, menarik kaki, mengangkat dan lain-lain...

aksi monyet

gorila

Jom Berguru Dari Youtube

Di sini ada beberapa video yang boleh dijadikan panduan bagi calon-calon SPM tentang teknik mewarna berkaitan dengan soalan yang dipilih.. Jom tengok..


Teknik mewarna burung 1


Teknik mewarna burung 2

Hidupan laut, naga, makhluk bersisik..

22 Nov 2012

Soalan No. 1 - Makhluk Aneh Di Dasar Lautan

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia..

Kita lihat soalan No 2 pula..

1. Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik. Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan berwarna-warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat daripada pelbagai cengkerang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni.

Soalan ini nampak seperti mudah, kerana saya pasti calon-calon telah biasa dengan lukisan hidupan laut semasa percubaan/peperiksaan dan terutama sekali mereka yang memilih KRSV tema kasut kanvas corak hidupan laut. Namun begitu sebenarnya anda hendaklah mempunyai daya imaginasi, fantasi, kreativiti untuk menghasilkan catan ala surealism, atau sebenarnya anda memerlukan kemahiran berfikir tahap tinggi. Kerana soalan-soalan lain hanya mengkehendaki anda melukis dan meneroka benda yang pernah wujud, tetapi berbeza dengan soalan ini, anda harus meneroka, mencipta atau mereka sesuatu yang belum pernah wujud.

Sebagai permulaan, soalannya meminta anda menghasilkan catan di dasar laut. maka carilah gambar-gambar dasar laut. Laut cetek, laut dalam, kawasan berbatu karang dan lain-lain sebagai sumber rujukan

pemandangan dasar laut cetek

batu karang

kawasan berbatu dan gua

20 Nov 2012

Idea Soalan no 2 - Pemandangan Air Terjun


Assalamualaikum / Salam 1Malaysia..

Soalan No 2 berbunyi..

2. Anda sedang melalui sebuah jambatan gantung yang merentasi kawasan air terjun. Apabila anda melihat ke bawah, kelihatan pemandangan alam semula jadi yang begitu indah dan menarik.
Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada perspektif, ruang dan warna.

Soalan ini agak tricky di mana calon-calon mungkin terkeliru sama ada mahu lukis pemandangan jambatan gantung atau pemandangan air terjun atau kedua-duanya sekali. Kemungkinan ada yang melukis jambatan gantung berlatar belakangkan air terjun. dan ada juga yang bertanya perlu atau tidak melukis figura manusia yang melalui jambatan tersebut.


Kehendak soalan ini adalah, pemandangan yang indah yang dilihat dari jambatan gantung. Fokus soalan ialah anda melihat ke bawah (bukan ke tepi atau hadapan), dan kelihatan pemandangan alam semula jadi yang indah. Oleh kerana telah disebut pada awal soalan yang anda sedang melalui jambatan gantung yang merentasi air terjun. Jadi pemandagannya hendaklah mengandungi air terjun.

Lukisan anda hendaklah menampakkan perspektif 3 titik lenyap, iaitu besar di atas dan mengecil ke bawah. sebagai contoh, Jika anda melukis pokok atau bukit pastikan garisan-garisan menunjukkan mengecil ke bawah.
perspektif air terjun

air terjun yang kelihatan menjunam (mengecil ke bawah)

perspektif pokok pandangan dari atas ke bawah

Idea Soalan 3 - Unggas

Assalamualaikum/salam sejahtera..

Kali ini saya ingin sentuh soalan 3 yang berbunyi begini..

3. Di pinggir sebuah hutan kelihatan tiga ekor unggas. Dua ekor sedang bertenggek di atas sebatang pohon kayu yang tumbang dan reput. Seekor lagi sedang mengais daun-daun kering untuk mencari makanan.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk, jalinan dan warna.

Subjek utama adalah unggas (erti unggas: segala jenis burung) dari jarak dekat, 2 ekor yang bertenggek di pohon kayu yang reput, manakala seekor lagi sedang mengais daun-daun kering. Unggas yang dimaksudkan aalah segala jenis burung termasuk ayam atau itik. Anda harus melukis 3 ekor unggas, boleh dari jenis yang berlainan (kerana tidak dinyatakan dalam soalan perlu spesis yang sama atau tidak) atau jenis yang sama.

Burung yang mengais makanan hendaklah kelihatan menunduk kerana aktivitinya pada masa itu ialah mengais makanan..


Idea Soalan No. 5 - Mengangkut Perabot dari Lori

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Setelah meneliti dan mengkaji soalan-soalan PSV Kertas 2 Tahun 2012 ini, sepatutnya calon-calon SPM telah mencari idea daripada gambar-gambar sebenar bagi membantu menghasilkan lukisan anda.
Sebagai contoh, bagi soalan no 5 yang berbunyi begini..

5. Anda telah mendapat seorang jiran baru. Anda dan beberapa orang sedang sibuk membantu menurunkan perabot dari lori.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan aksi manusia.

Bermakna anda hendaklah melukis figura manusia, dan figura tersebut mestilah lebih daripada 3 orang kerana ayatnya berbunyi "anda dan beberapa orang sedang.." Oleh yang demikian, yang perlu ada dalam gambar juga adalah perabot dan lori. Figura manusia tersebut hendaklah menunjukkan aksi menurunkan perabot dari lori. Sebagai latar belakang anda boleh melukis rumah (kawasan kejiranan anda tersebut). Berikut ada beberapa gambar yang digoogle dari laman sesawang yang boleh dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekalian..




19 Nov 2012

Soalan PSV SPM 2611/2 Tahun 2012

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia..
Nampaknya soalan tahun ni agak susah..Calon-calon hanya mempunyai masa 1 minggu bagi menyiapkan persediaan bagi menjawab soalan ini iaitu pada 29 November 2012. Pilihlah mengikut kemahiran dan kemampuan masing-masing...



SOALAN PSV SPM 2012 -  KERTAS 2

1. Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik. Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan berwarna-warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat daripada pelbagai cengekrang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni.

10 Catan Termahal Dunia

Berikut adalah 10 senarai catan termahal dalam rekod penjualan dunia secara lelongan dan ada juga yang tercatat penjualan secara peribadi. Mengikut rekod catan termahal berjodol The Card Players oleh Paul Cezanne yang dihasilkan pada tahun 1894 hingga 1895 yang telah dijual pada tahun 2011 dengan harga $267 dollars atau RM 820 juta Malaysia. (Anggaran mengikut nilai matawang semasa). Catan-catan lainnya adalah seperti berikut di bawah..
*Rekod ini adalah rekod yang tercatat sehingga tahun 2012

Sumber: Dari Wikipedia, the free encyclopedia

The Card Players
1894–1895
Cat minyak
$267 pada tahun 2011 (RM 820 juta)

No. 5, 1948
Cat minyak atas fiberbod
$160.8 pada tahun 2006 (RM 494 juta)

Woman III
1953
Cat minyak atas kanvas
$157.9 pada tahun 2006 (RM 485 juta)

16 Nov 2012

Takwim Persekolahan dan Hari Kelepasan Am 2013

Assalamualaikum / Salam 1 Malaysia,

Bagi memastikan segala aktiviti persekolahan, panitia PSV tahun 2013 dirancang dengan baik dan lancar, para guru, pentadbir maupun murid sekolah bolehlah memuat turun Takwim Penggal Persekolahan 2013 dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di halaman KPM dan Hari Kelepasan Am 2013 dari laman web bernama.com seperti berikut:



Selamat membuat perancangan bagi tahun 2013..


3 Nov 2012

Jadual Waktu SPM 2012

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Bagi yang belum mendapatkan jadual waktu SPM 2012, sila download di alamat berikut: