27 Feb 2012

Contoh Reka Corak Kasut Kanvas


Assalamualaikum... Banyak permintaan inginkan gambar contoh reka corak kasut kanvas yang bertemakan hidupan laut. Oleh yang demikian, di sini saya paparkan beberapa gambar yang diambil  dari laman-laman sesawang sebagai panduan calon-calon SPM untuk menjawab Soalan 1 iaitu soalan yang paling laris tahun ini bertajuk reka corak kasut kanvas yang bertemakan hidupan laut. Walau bagaimana pun, ada gambar yang tidak boleh ditiru kerana menggunakan ikan darat (contoh ikan koi dan ikan emas). Anda hanya perlu lihat bagaimana idea boleh diolah daripada contoh-contoh yang ada. 

Anda boleh cari sendiri untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. gambar-gambar ini bukan untuk ditiru. hanya sebagai panduan sahaja. Ada beberapa pertanyaan tentang bagaimanakah cara mencari gambar dari laman-laman internet. Telah pun diberitahu caranya pada post yang lalu. Namun di sini saya ingin ulang lagi sekali langkah-langkahnya dimana anda hanya perlukan 4 langkah...

1. Buka google > klik image
2. Taip kata kunci > contoh 'kasut kanvas' atau dengan Bahasa Inggeris untuk lebih banyak dapatan 'canvas shoes'. jika tidak tahu apa perkataan itu dalam Bahasa Inggeris sila rujuk kamus atau klik google translator. Atau jika mahu lebih spesifik, taip 'canvas shoe designs' dan sebagainya.
3. Klik pada gambar pilihan
4. Simpan gambar dalam komputer anda. Klik kanan, 'save image as'
Itu sahaja.. mudah bukan?


21 Feb 2012

Tugasan 6 - Kerusi kanak-kanak

Assalamualaikum...

Bagi tugasan 6, reka bentuk industri.  Calon perlu menghasilkan produk kerusi kanak-kanak yang bertema haiwan. Kebanyakan murid lelaki suka memilih tugasan reka bentuk industri ini kerana agak mudah sesuai. Walaubagaimana pun calon perlu mempunyai kemahiran mereka bentuk. Di samping itu, jika calon memilih bahan seperti kayu, calon hendaklah mahir dalam memotong dan menyambung kayu. Oleh yang demikian, pastikan guru-guru juga ada kemahiran tersebut bagi membantu anak muridnya. Jika tidak tentulah agak sukar dalam menyiapkan tugasan ini.

contoh koleksi gambar fauna - kuda belang

contoh lukisan realistik kuda belang

19 Feb 2012

Proses Ikat Celup


contoh corak ikat celup
Jenis ikatan

1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan


Bahan-bahan yang selalu  digunakan untuk menghasilkan teknik ikat celup ialah:

1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya
4. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)
5. Bekas untuk pewarnaan (baldi)
6. Sodium silikat (pemati warna)
7. Sarung tangan
Contoh pewarna fabrik (dye)

Kain Pelangi (Ikat Celup/Batik Pelangi)

Kain Pelangi

Di Malaysia, kain yang mempunyai motif berwarna cerah atau warna muda seperti warna pelangi ini lazimnya digunakan sebagai kain selendang, jarang dibuat baju atau kain.

Cara membuat kain pelangi ini tidak serumit membuat kain limar. 
PERNAHKAH anda mendengar tekstil tradisional yang dikenali kain pelangi? Kain ini pernah dipakai oleh kaum wanita Melayu zaman dahulu tetapi telah lenyap setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Tekstil ini menggunakan teknik ikat celup seperti kain limar. Bezanya kain pelangi mengikat pada kain kosong yang telah siap, manakala kain limar dibuat dengan mengikat benang pakan sebelum benang itu ditenun. Tujuan teknik mengikat ini adalah untuk menghasilkan corak pada kain.

14 Feb 2012

Tugasan 1: Reka Corak Kasut Kanvas

Assalamualaikum, 

Tugasan KRSV tahun ini telah pun bermula. Antara tugasan yang digemari oleh guru-guru dan murid ialah tugasan 1 - Penghasilan reka corak pada kasut kanvas. Oleh yang demikian, di sini diberikan sedikit panduan untuk tugasan 1,agar anda boleh mulakan tugasan anda. Yang pasti, dapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada guru PSV anda yang lebih pakar di sekolah dari segi pemilihan bahan dan proses, kerana itulah yang terbaik agar anda tidak tersesat jalan dan menyimpang dari kehendak pengajaran dan pembelajaran guru anda.

Gambar-gambar di dalam topik ini hanalah gambar yang digoogle dari laman sesawang sebagai contoh semata-mata.

kasut kanvas bercorak

himpunan koleksi kasut kanvas
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.

8 Feb 2012

Memulakan Tugasan KRSV 2012 - Mencari koleksi gambar

Assalamualaikum..

Bagi memulakan tugasan bagi Kajian Rekaan Seni Visual anda, eloklah anda mula mencari koleksi-koleksi gambar yang bersesuaian sebagaimana kehendak soalan yang telah anda pilih bersama guru anda. Untuk mencari gambar, amatlah mudah sekali dalam zaman serba serbi internet dan mudah dicapai ini. Anda hanya perlu menaip kata kunci yang dikehendaki pada Google Images (eloklah menggunakan Bahasa Inggeris bagi mendapat hasil yang lebih banyak). Contoh, hidupan laut-marine life, kasut kanvas-canvas shoes, beg beli belah-shopping bag, arca-sculpture dll, maka semua gambar-gambar yang berkaitan akan muncul di hadapan anda tanpa perlu bersusah payah naik bas ke perpustakaan atau ambil gambar ke sana sini... Oleh yang demikian adalah tidak mustahil bagi kebanyakan murid-murid sekolah masa kini (yang telah mendapat bantuan netbook bagi yang kurang berkemampuan kebanyakannya) untuk menyiapkan kajian 1 dan 2....

Berikut adalah contoh-contoh koleksi yang hanya boleh diperolehi dengan hanya mengetik beberapa kali keypad anda. Cetak dan tampallah ke muka 1 dan 2 tugasan anda.. Selamat memulakan tugasan. ;)

koleksi gambar hidupan laut

koleksi pelbagai jenis kasut kanvas

koleksi pelbagai jenis beg membeli belah

1 Feb 2012

Soalan KRSV 2611/3 Tahun 2012

Kepada calon-calon SPM anda boleh muat turun soalan Kajian Rekaan Seni Visual Kertas 3 Tahun 2012 dari web Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti yang tertera di bawah:-

http://www.moe.gov.my/lp/files/pbs/spm/2012/2012%202611-3/2012%202611-3%20QP%20CRC.pdf

idea untuk soalan 1