3 Dis 2010

SOALAN PSV SPM KERTAS 2/2010

Berikut soalan PSV kertas 2, 2010. Nampaknya agak mudah tahun ini. Soalan mana yang anda pilih? Diskusi tentang soalan-soalan ini di facebook link


1. Anda sedang menyaksikan satu perlawanan bolasepak di padang sekolah. 
Lukis dari jarak dekat aksi beberapa pemain bola sepak dengan memberi penekanan kepada bentuk figura

2. Anda telah melawat ke kedai ikan hiasan. Anda terpikat dengan kecantikan warna, bentuk dan aksi seekor ikan laga dalam sebuah balang kaca. 
Gambarkan aksi seekor ikan laga dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan pergerakan.

3. Di sebuah gerai kelihatan seorang penjual sedang membetulkan susunan tanda harga barang jualannya yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, udang dan sotong. 
Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk dan jalinan.

4. Dalam sebuah hutan kelihatan seekor haiwan aneh sedang bertindak dengan cemas untuk melepaskan diri daripada cengkaman tumbuh-tumbuhan ganjil. 
Lukis situasi ini mengikut imaginasi anda dengan menitikberatkan bentuk, warna dan aksi.

5. Di atas sebuah meja solek kelihatan minyak wangi, bedak, gincu, minyak rambut, sikat dan barang lain yang digunakan untuk perhiasan diri.
Lukis barang-barang perhiasan diri tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

6. Pada suatu pagi yang cerah, anda sedang berjalan di sebatang lorong yang kecil. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat pokok-pokok pelbagai bentuk dan saiz. Di celah-celah pokok tersebut terdapat pancaran matahari. 
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan pencahayaan.

22 ulasan:

  1. susah tau seni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah sikit la...klu soalan suruh kita lukis bebas tu yg best...hhhe

      Padam
    2. haha....seni kalo bg tjuk bebas...pelajar kekadang xtau nak lukis ape.....
      xbrape sesuai kalo nk beri tajuk bebas.....hehehe.....

      Padam
  2. xde la ssah sgt..x perlu nk pndai mlukis pun sbnrnye..kna pndai aplikasikan tknik je..

    BalasPadam
  3. senangnya... hehe...

    BalasPadam
  4. terima kasih kerana postkan soalan seni kertas 2..

    BalasPadam
  5. student spm...;)12/13/2010 12:57 PTG

    seni mmang snang l0orrhh,,,
    x'yah nk pning2 kn kpale..
    juzt m'mrlukn tngan yg lmbut jewrrr,,,:) ;)
    gud luck 4 student seni....
    -chaiy0kk-

    BalasPadam
  6. seni tetap seni, sebab seni lahir dari dalam diri secara peribadi. seni dilakukan dengan penuh hati-hati baru mampu mendidik akal budi sejati diri.

    BalasPadam
  7. agk2 taon ni seng x??????

    BalasPadam
  8. soalan no 2..kumpmuzik buah rambutan ,jagung dan durian..boleh tolong lakar tak?? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. ,huhue.sush'y.mau dlakar tuh .

      Padam
  9. sy budak SPM tahun 2012 dan sy mngambil aliran sastera seni. sy ambil projek nombor-2 iaitu Ruangan Bilik Bayi..ini krn minat yg mndalam dlm men-design..hehe tapi projek ini mmerlukan tnage yg banyak....tu yg leceh sikit..hehehe

    BalasPadam
  10. tension seni nieh... nk drop laaa.........lalalalalalalla

    BalasPadam
  11. yg penting menjawab soklan.....beri ape yg soklan nak.....hehehehe......kalo lari dari soklan markah otomatik kurenggggg......

    BalasPadam
  12. seni itu indah dan mudah..qila dulu mmg tak minat..alhamdulilah spm qila dapat A+ berkat cikgu othman mengajar , didikan , tunjuk ajar ,susah payah membantu pelajar yang lemah..terima kasih banyakbanyak cikgu othman yang masih mengajar di sekolah menengah kebangsaan bandar tun razak cheras kuala lumpur..jasa mu dikenang <3

    BalasPadam
  13. Ohh.very nice aihhhh😚😚😎😎🤗

    BalasPadam