Contohnya jika sebuah poster menggunakan warna latar belakang serta ilustrasi yang seakan-akan sama dengan kapsyen/muka taip (tajuk poster) sudah pasti poster tersebut gagal memperlihatkan mesej yang hendak disampaikan disamping gagal menarik perhatian orang ramai dan hanya merugikan. Warna yang bertindak negatif juga akan menyebabkan tiada kesan keterbacaan jika dilihat dari jarak yang jauh. Ini menyebabkan penonton tidak akan membaca poster tersebut sekaligus poster tersebut gagal berfungsi bagi menyampaikan mesej.
Makna Warna Bertindak
1. Warna yang sama pada latar belakang yang berlainan akan menimbulkan kesan yang berbeza.
2. Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas dan ketara, tindakan positif dihasilkan.
3. Apablia dua warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang hampir sama, tindakan negatif dihasilkan.
4. Contoh kesan-kesan terhadap pemilihan warna-warna yang bertindak negatif dan positif jika diaplikasi pada kapsyen poster. Cuba kecilkan sedikit mata anda bagi membaca kapeyen BELIA BENCI DADAH di bawah bagi mendapatkan kesan seperti melihat dari jarak jauh.
Warna bertindak negatif - warna-warna harmoni, warna sekeluarga atau ton warna yang seakan sama . Kesan warna yang seakan sama akan menyukarkan pembaca.
Warna bertindak positif - warna-warna yang kontra serta berbeza ton mudah menyampaikan mesej kepada pembaca.
Perhatikan tindakan yang berbeza pada muka taip di atas dan kesan keterbacaan yang bebeza kepada pembaca. Muka taip berwarna biru tua di atas latar belakang hitam menimbulkan masalah kepada pembaca kerana menghasilkan tindakan yang negatif. Oleh yang demikian, anda hendaklah memilih warna yang tepat dengan latar belakang agar karya anda tidak sia-sia sahaja dihasilkan.
emmm..sangat betul..bidang fine art sngt pntingkn hal ini.supaya karya xkaku..dn pmilihn wrna sngt pnting bg mnghidupkn karya..peace no war..
BalasPadamseni untuk hidup
BalasPadam