21 Jun 2014

Perspektif Warna

Bagi menghidupkan lagi sesebuah karya, pengetahuan dalam gubahan perspektif warna amatlah penting kerana dengan penggunaan campuran warna yang betul dapat menampakkan kadar kedalaman sesebuah ruang samada ruang cetek atau dalam. Selain daripada saiz objek yang dilukis semakin kecil ke belakang.

bangunan dan manusia yang semakin jauh selain daripada dilukis dengan saiz yang lebih kecil, 
diwarnakan juga dengan warna yang semakin pudar bagi menampakkan kesan ruang

bangunan dan pokok yang semakin jauh diwarnakan dengan warna 
yang semakin pudar ke belakang

1. Perubahan ton warna sama ada daripada terang kepada gelap atau sebaliknya iaitu daripada gelap kepada terang dapat menampakkan kedalaman sesebuah ruang

2. Semakin jauh kedalaman sesuatu ruang, semakin pudar warna objek-objek di dalamnya. Contoh yang biasa kita lihat iaitu bukit bukau di sekeliling kita. Warna bukit akan berubah daripada hijau kekuning-kuningan kepada hijau pudar kebiru-biruan.




warna hijau kekuningan akan berubah menjadi semakin 
pudar kebiru-biruan pada alam semulajadi

3. Nilai ukuran kuasa warna atau warna kroma juga boleh menghasilkan perspektif warna


Blue Bells Woodland Walk by artist Delmus Phelps
warna objek (pokok) diwarnakan dengan warna kroma dan semakin pudar di ruangan belakang

4. Perspektif warna lebih jelas dikesan apabila gubahan tersebut menggunakan warna harmoni atau sewarna. warna sewarna merupakan gubahan satu warna dengan hitam dan putih, semakin jauh objek, warna  dicampur dengan putih, manakala semakin dekat, warna dicampur dengan hitam atau warna gelap..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan