19 Feb 2010

Warna Panas dan Warna Sejuk


kumpulan warna panas dan warna sejuk
Warna Panas


1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas

kumpulan warna merah dari cili
bunga yang bewarna merah

6. Contoh karya yang menggunakan warna-warna panas. Penggunaan warna-warna merah, hitam jingga dan kuning menimbulkan suasana panas pada karya-karya berikut di bawah
 merah, jingga, kuning, putih dan hitam dapat menimbulkan suasana panas dalam sesebuah karya

 merah dan jingga serta kuning

 Warna Sejuk

1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti

laut dan langit

bunga lily berwarna ungu berlatarbelakang daun yang hijau

pemandangan di kawasan laut, warna biru dan ungu

warna biru dan hijau di dasar laut

6. Contoh karya seni yang menggunakan kumpulan warna sejuk seperti

penggunaan warna biru dan kesan sewarna

campuran warna biru , hijau dan ungu menimbulkan suasana sejuk

23 ulasan:

  1. salam.sya student art and design uitm perak. bgus sangat cikgu buat blog ni. dapat gak crik bhan utk asgment. thanks a lot.saya minta izin nak copy gamba2 dari sini boleh?

    BalasPadam
  2. wsalam, makasih, copyler... no prob

    BalasPadam
  3. saya pun nak copy boleh?

    BalasPadam
  4. wah cNtiknyer.....
    nk copy la...lalala

    BalasPadam
  5. wah cNtiknyer

    BalasPadam
  6. em nk cOpy lEh

    BalasPadam
  7. alhamdulillah, mintak izin utk buat soalan PSV dari bahan yg tdpt dlm blog ni, terima kasih yer!

    BalasPadam
  8. alhamdulillah. cantik gambar ni. minta izin utk minta copy gmbr ni utk assignment. Terima kasih!

    BalasPadam
  9. tanx...sgt berguna utk student PSV..keep it up

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas perkongsian ilmu seni yg amat berguna ini,hanya Tuhan membalas sumbangan anda.

    BalasPadam
  11. dahsyatlah lu punya bloq Bro...cayalah.

    BalasPadam
  12. sangat cantik
    saya nak copy

    BalasPadam
  13. your blog is really help. Tahniah cikgu kerana menyumbang bakti bukan saja untuk murid di lingkungan sekolah.

    BalasPadam
  14. Salam..Saya sangat berminat dalam bidang seni.Tetapi belajar sampai ting 3 sahaja. Minat tak dapat diteruskan sebab aliran yang saya ambil tak ada pen.seni. Skg saya dapat belajar sendiri melalui blog ni. TAHNIAH dan terima kasih atas maklumat dan bahan yg ada..

    BalasPadam
  15. blog ni bagus untuk sk rendah and smk

    BalasPadam
  16. blog yg menarik.

    BalasPadam
  17. mohon copy gambar n bahan2 di atas ek. utk kelas psv naik cuti nti. confirm bdk2 excited. thanks a lot

    BalasPadam
  18. mohon izin share ilmu bermanafaat....

    BalasPadam
  19. terima kasih cikgu..
    sy student grafik design sedang buat final projek berkenaan warna..
    ilmu yang cikgu kongsikan sangat membantu sy ;)

    BalasPadam
  20. ckit je ke nota ni??

    BalasPadam
  21. TQ.....DPT MAKLUMAT UNTUK WAT FOLIO SENI DALAM PBS

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

Soalan KRSV 2013 pilihan anda...

Soalan kertas 2 yang anda pilih..