Soalan KRSV 2014 Pilihan Anda

26 Feb 2010

Kaedah Cetakan Stensil (potongan kertas)

Cetakan Stensil


Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula-pemula atau pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah lebih mudah. Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga boleh mempraktikkannya di sekolah. Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada kemeja T mereka

Peralatan dan bahan yang dikehendaki

sekuji (digunakan untuk mencetak)

Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-
1. Skrin
2. Dye fabrik atau pewarna
3. Sekuji
4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)
5. Kain atau kertas untuk cetakan
6. Kertas (untuk melukis imej)
7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)
8. Pita pelekat
9.Stepler gun

Proses

Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang

Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.

Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.

Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak

Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.

Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki

 Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.

Karya cetakan yang telah siap

Anda juga boleh minta pelajar cetak pada permukaan kemeja T, ini lebih menyeronokkan dan pelajar-pelajar lebih enjoy menghasilkan aktiviti tersebut. Jika menggunakan beberapa warna, anda perlukan menghasilkan beberapa imej mengikut warna-warna yang dikehendaki dan skrin yang berbeza.

5 ulasan:

  1. salam,sy nk tanya bagaimana cara nak pasang kain organdi pada skrin,coz kain yg sy pasang kurang tegang...trima kasih blog ini banyak membantu dlm pnp

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam, utk pasang kain organdi, guna stapler gun, mulakan dari tengah kiri dan seterusnya tengah kanan (atau sebaliknya), lepas tu tengah atas dan bawah (atau sebaliknya), kemudian baru stapler tepi kiri, kanan, atas, bawah, sedikit demi sedikit. Pastikan ira kain lurus dan tidak serong kerana ini akan menjejaskan ketegangan skrin. Cara ni lebih kurang sama dgn cara tegangkan kanvas pada bingkainya.

    BalasPadam
  3. terima kasih...

    BalasPadam
  4. Slm.sy nak tnya, dimana nak beli peralatan sprti sekuji, dye fabrik dan kain organdi..tq krn m'bntu...

    BalasPadam
  5. Hi, ada recommendation tak untuk jenama dye fabrik yg paling berkualiti? Supaya ia tidak tertanggal sekiranya fabrik dibasuh dan juga lembut tidak keras dan pecah.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

Soalan KRSV 2013 pilihan anda...

Soalan kertas 2 yang anda pilih..