22 Mac 2011

PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.

1. Harmoni
  • Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
  • Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
  • Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
  • Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

harmoni dari segi garisan

harmoni dari segi bentuk

harmoni dari segi rupa

2. Kontra
  •  Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
  • Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
kontra dari segi bentuk

kontra dari segi warna

kontra dari segi warna


3. Penegasan
  • Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
  • Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan
penegasan pada objek yang berbeza warna

objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan

4. Imbangan
  • Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
  • Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
  • a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) 


imbangan simetri
    b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan



imbangan tidak simetri

5. Irama dan Pergerakan
  • Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
  • Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
  • Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

arca pergerakan/irama

6. Kepelbagaian
  • Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
  • Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
  • Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
kepelbagaian warna

kepelbagaian bentuk dan jenis objek

7. Kesatuan
  • Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
  • Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
kesatuan tema

kesatuan tema jenis objek dan warna

kesatuan warna, objek, dan rupa



20 ulasan:

  1. sangat menarik~ info-info yang ringkas namun bermakna...

    BalasPadam
  2. menarik dan ringkas... saya perlukan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan di dalam kelas untuk setiap prinsip rekaan.

    BalasPadam
  3. bagai mana yg di maksud kn dgn kontra ruang

    BalasPadam
  4. cikgu asye: banyak yang boleh dibuat dalam bab prinsip rekaan, selain daripada membuat satu persatu, cikgu jg boleh menggabungkan beberapa prinsip dalam satu hasil karya. Antaranya dengan penghasilan karya melalui aktiviti melukis, mencatan, reka corak, reka bentuk grafik spt poster, logo, risalah, barang kraf dan banyak lagi..

    Sebagai contoh, bagi prinsip harmoni dan kontra boleh buat corak berulang. secara tak langsung kita dapat menggabungkan pengetahuan pelajar dalam struktur rekaan, prinsip dan juga unsur seni sekali. Yang penting, cikgu hendaklah memastikan pelajar2 faham dengan setiap unsur, prinsip yang digunakan.

    kerana dalam satu karya seni.. kita perlu menggabungkan prinsip dan unsur seni bagi mendapat kesan yang terbaik.

    tanpa nama: kontra bermakna perbezaan yang ketara antara unsur2 seni terbabit. ruang pula ada ruang dalam dan ruang cetek, jika digabungkan kedua2 ruang yang dalam dan cetek dalam 1 karya seni, maka sudah pasti akan jelas kelihatan ruang yang kontra.

    moga jwpn sy dpt membantu..

    BalasPadam
  5. terima kasih atas respon yang diberikan. ianya banyak membantu.

    BalasPadam
  6. salam...bagaimana pula kita hendak mengkaji prinsip rekaan dalam catan aliran abstrak..mohon bantuan

    BalasPadam
  7. suka lah , even ringkas jer . sangat padat info y diberi dan amat mudah untuk difahami

    BalasPadam
  8. it easy to say:
    "seni itu indah"

    BalasPadam
  9. mcnie nk cri lkrn rka bntuk kst n???

    BalasPadam
  10. terima kasihnota yg padat dan ringkas banyak mmbantu saya tuk pperiksaan seni nanti.

    BalasPadam
  11. macamana kita nak aplikasikan kelima lima prinsip grafik ini menggunakan satu bahan p&p?

    BalasPadam
  12. sangat mebarik dlam apa jua kata

    BalasPadam
    Balasan
    1. missfrederick6/29/2012 10:14 PG

      ringkas dan padat,sng untk mmbuat rjukan

      Padam
  13. aaaaaaaaaaa,saya benci akan cikgu seni saya!!!!!!

    BalasPadam
  14. nape tak ada pasal ekonomi?

    BalasPadam
  15. cantik yew.. insyaallah a+ SENI

    BalasPadam
  16. Thanks for the information :)

    BalasPadam
  17. Prinsip Rekaan tak ada jenis ke??

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

Soalan KRSV 2013 pilihan anda...

Soalan kertas 2 yang anda pilih..