29 Apr 2011

Reka Bentuk Korporat - Komunikasi Visual


Reka bentuk korporat

1. Reka bentuk korporat atau lebih dikenali sebagai identiti korporat iaitu identiti visual sesebuah syarikat, organisasi atau institusi.

2. Reka bentuk korporat wujud apabila terdapat keselarasan dari segi stail, warna rekaan dalam semua bentuk persembahan organisasi dan bertujuan untuk memperjelaskan identiti badan tertentu.

3. Reka bentuk korporat merangkumi prinsip asas visual yang melambangkan organisasi dan produk atau perkhidmatannya.

4. Rekaannya meliputi semua bahan, dokumen, kepala surat, kad perniagaan, invois, kemeja T, diari, kalendar, kenderaan syarikat, pen, risalah, buku nota dan semua peralatan menggunakan identiti iaitu logo, skima warna dan rekaan yang sama.

contoh-contoh reka bentuk korporat

sampul surat, kepala surat dan kad perniagaan

kemeja T, CD, kalendar, kereta dll menggunakan logo dan skima warna yang sama

kepala surat, kad perniagaan, sampul surat, CD menggunakan skima warna merah jambu

kenderaan syarikat menggunakan logo dan skima warna merah dan putih

risalah, kad perniagaan

kepala surat, kad perniagaan, sampul surat

kemeja atau baju korporat

kepala surat, kad perniagaan, sampul surat, buku nota, fail

kepala surat, kad perniagaan, sampul surat, logo dan skima warna sama

risalah, kepala surat, kad perniagaan, sampul surat dll menggunakan imej yang sama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan