Soalan KRSV 2014 Pilihan Anda

20 Okt 2011

Proses Menulis Kaligrafi


Peralatan dan Media kaligrafi

Pada masa dahulu manusia menggunakan pelepah bulu burung dan buluh bagi menulis kaligrafi. Kaedah ini memerlukan proses mencelup dakwat yang lebih kerap.

bulu burung dan dakwat

buluh yang digunakan untuk membuat pen manuskrip

bahagian hujung buluh diraut bagi mendapat saiz dan 
bentuk mata pen manuskrip yang dikehendaki

Kini terdapat pelbagai jenis pen manuskrip di pasaran. Dakwat juga boleh dicelup atau disimpan dalam kuantiti yang banyak. Pen manuskrip mempunyai pelbagai saiz mata penanya daripada yang halus sehinggalah yang lebar. Ada juga dipasaran pen untuk manusia kidal. (left handed)

pen yang boleh dicelup

set pen manuskrip yang mempunyai
aneka saiz mata pen, dakwat pam serta dakwat pakai buang

Di negara Cina, India dan Jepun, tulisan kaligrafi banyak ditulis menggunakan berus dan dakwat.

berus cina dan dakwat kaligrafi


Cara Menulis Kaligrafi


Cara menulis tulisan kaligrafi dengan memegang pen sedikit condong. Ketebalan tulisan bergantung kepada pemilihan mata pen. 
perbezaan penghasilan garisan tebal dan nipis melalui pergerakan pen 
samada pergerakan dari atas atau sisi pen
pergerakan pen menghasilkan perbezaan ketebalan bergantung kepada saiz mata pen

Saiz atau lebar huruf bergantung kepada saiz mata pen. Begitu juga dengan ketinggian huruf. Cara memegang pen hendaklah sedikit condong .

buat garisan bagi mendapatkan saiz yang sekata

tulis dengan saiz mata pen yang sesuai dan hendaklah dicondongkan 
sedikit antara 30 - 40 darjah bagi mendapatkan kesan italik

tulisan kaligrafi yang telah siap 


Contoh-contoh Hasil Seni Kaligrafi





Teknik Tulisan Kaligrafi Dengan Berus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Soalan KRSV 2013 pilihan anda...

Soalan kertas 2 yang anda pilih..