Soalan KRSV 2014 Pilihan Anda

19 Okt 2011

Seni Kaligrafi



 Pengenalan

  1. Perkataan kaligrafi diambil daripada bahasa Yunani Greek Kallos Grapha bermaksud ’tulisan cantik’.
  2. Kaligrafi diperkenalkan sejak zaman Mesir Purba, Yunani Purba dan China Purba.
  3. Pada masa itu, tulisan diukir atas batu atau kepingan buluh dengan menggunakan alat yang tajam.
  4. Kemudian, alat tulis seperti buluh, bulu ayam, berus digunakan untuk menulis di atas kulit kayu atau belulang.
  5. Sejak rekaan kertas, pelbagai jenis pen digunakan untuk menulis kaligrafi.
  6. Bagi tulisan Rumi dan tulisan Khat, pen manuskrip amat sesuai digunakan.

Ciri-ciri Kaligrafi

  1. ketepatan
  2. keseragaman
  3. gerak bentuk yang sama
  4. gaya huruf tertentu
  5. susunan huruf teratur dan seimbang
  6. hiasan pada huruf mempunyai gaya tertentu
  7. kesan keseluruhan cantik dan berharmoni

Fungsi Kaligrafi
tulisan pada kad ucapan

  1. kad ucapan
  2. kulit buku
  3. nama kedai atau nama syarikat
  4. kad menu dan sebagainya
  5. tajuk puisi atau sajak dan sebagainya

 Jenis-jenis Kaligrafi Rumi

  1. Tulisan Roman

    1. Digunakan oleh orang Roman untuk menulis Latin pada 2000 tahun dahulu.
    2. Corak pena tegak dan melintang nipis.
    3. Rupa huruf mempunyai ’serif’ (corak pena yang halus dan melengkung) pada bahagian atas dan bawah setiap huruf.
    4. Sesuai untuk menulis tajuk buku, atur cara, jemputan dan sebagainya. 
perbezaan 'serif' dan 'san serif'


  1. Gothik / Gothic / Blackletter

    1. Tulisan Gothik yang terkenal ialah Old English
    2. Rupa huruf yang  mempunyai pelbagai corak pena berhiasan
    3. Hiasan yang lebat kadangkala menyebabkan huruf asal sukar dikesan
    4. Sering digunakan untuk tulisan kad jemputan dan kulit buku kerana ciri-ciri estetik yang klasik menimbulkan gaya dan kecanggihan.
    5. Keni tidak begitu popular kerana tulisan rumit dan sukar dibaca oleh orang yang tidak mahir atau tidak biasa dengan bentuk huruf jenis ini. 
  1. Italik

    1. Merujuk kepada semua jenis huruf yang condong ke kanan.
    2. Rupa huruf yang bergaya dan mempunyai banyak variasi.
    3. Jenis huruf yang popular sejak zaman dahulu hingga sekarang
    4. Sesuai untuk menulis kad ucapan, kad jemputan dan sebagainya. 
  1. Teks

    1. Corak pena seragam bagi garisan tegak dan lintang.
    2. Tidak mempunyai serif.
    3. Huruf jelas dan mudah dibaca.
    4. Sesuai untuk menulis pemberitahuan, teks iklan dan poster.


Hiasan  dan Corak Bingkai / Jidar

  1. Hiasan dan corak sering digunakan untuk menambah keindahan dalam seni kaligrafi
  2. Kebanyakan corak hiasan dibuat pada bahagian tepi dan penjuru muka surat tersebut
  3. Motif corak yang digunakan adalah berdasarkan sumber alam dan corak geometri
corak jidar pada sudut

corak jidar pada setiap bahagian tepi

corak hiasan pada kaligrafi

Lihat Teknik Menulis Kaligrafi



2 ulasan:

  1. http://senivisual1.blogspot.com/2011/10/seni-kaligrafi.html

    BalasPadam
  2. http://senivisual1.blogspot.com/2011/10/seni-kaligrafi.html

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

Soalan KRSV 2013 pilihan anda...

Soalan kertas 2 yang anda pilih..