13 Jun 2013

Ruang

Pengenalan Ruang




Pelbagai ruang pada alam sekeliling

1. Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam sesuatu objek.
kawasan kosong di sekeliling objek

jarak antara dua objek

kawasan di dalam sesuatu objek

2. Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni.

3. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan akan kelihatan semakin kecil apabila berada di belakang/jauh.

mug merah lebih besar berbanding mug putih yang berada di belakang

bahagian bawah mug ini pula kelihatan lebih kecil berbanding bahagian atas kerana jaraknya yang lebih jauh

pokok-pokok ini kelihatan mengecil ke atas kerana berada lebih jauh berbanding bahagian pangkal pokok

6 Mac 2013

Rujukan Tugasan Arca Mobail KRSV


Idea Tugasan Sarung Bantal

Idea Tugasan Jet Pejuang

Idea Untuk KRSV Kalendar 3D

Assalamualaikum & s.s..
Agak terlewat untuk post bahan2 berkaitan krsv memandangkan pihak blog banyak memaparkan pada halaman fb psv. Walaubagaimana pun di sini dipaparkan sedikit himpunan koleksi2 yang boleh diguna pakai untuk KRSV 2013..
Berikut adalah gambar aksi penunggang basikal dan koleksi kalendar..

1 Feb 2013

SOALAN KRSV 2013 (2611/3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Bagi guru-guru yang mengajar kelas SPM dan calon-calon SPM tahun ini, dah tibalah masanya untuk berhempas pulas mulai sekarang kerana.....Soalan KRSV dah keluar!!.... Anda boleh klik di sini bagi memuat turun dari laman web KPM. Selamat manjalankan tugas.. :)

SOALAN KRSV 2013

23 Nov 2012

Soalan No. 6 - Monyet Besar

Assalamualaikum / salam sejahtera..

Soalan 6 berbunyi:

6. Seekor monyet besar sedang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam gaung.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberikan penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.

Soalan 6 agak mudah kerana elemen-elemen yang diperlukan dalam kehendak soalan lebih mudah berbanding soalan-soalan lain iaitu monyet besar menyelamatkan kanak-kanak yang terjatuh dalam gaung. Jadi anda hanya perlu mengkaji figura aksi monyet, sebarang jenis monyet.. lalu besarkan figura tersebut agak kelihatan lebih besar berbanding manusia. Seterusnya kajian anda adalah figura kanak-kanak.. Lukiskan aksi seperti sedang menyelamat seperti menarik tangan, menarik kaki, mengangkat dan lain-lain...

aksi monyet

gorila

Jom Berguru Dari Youtube

Di sini ada beberapa video yang boleh dijadikan panduan bagi calon-calon SPM tentang teknik mewarna berkaitan dengan soalan yang dipilih.. Jom tengok..


Teknik mewarna burung 1


Teknik mewarna burung 2

Hidupan laut, naga, makhluk bersisik..