26 Nov 2009

Soalan Seni SPM Kertas 2 Tahun 2009: 2611/2

Soalan Seni SPM 2009:

1)Anda begitu terkejut kerana buah termbikai yang anda beli telah berubah menjadi rumah yang didiami oleh biji-biji tembikai yang mempunyai kaki dan tangan.
Lukis dari jarak dekat buah tembikai tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan,bentuk,ruang dan perspektif.

2)Sebuah tunggul kelapa di tepi pantai ditumbuhi pokok orkid yang sedang berbunga.
Lukis dari jarak dekat tunggul kelapa dan pokok orkid dengan berlatarbelakangkan pantai dan laut.Penekanan hendaklah diberikan kepada unsur jalinan,bentuk,warna dan ruang.

3)Seorang budak lelaki sedang menyikat rambut seorang perempuan tua di dalam sebuah bilik.Perempuan tua itu duduk di atas kerusi yang menghadap tingkap sambil menatap wajah pada cermin yang dipegangnya.
Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada keasan ruang, jalinan, dan warna.

4)Beberapa orang pelajar sedang memerhatikan pelbagai jenis ikan di dalam sebuah terowong akuarium.
Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan,ruang,persepektif dan pencahayaan.

5)Anda telah menyertai perkhemahan PasukanPengakap sekolah anda di sebuah hutan rekreasi. Semasa perkhemahan tersebut,jerebu melanda kawasan perkhemahan anda.Ketika itu juga,cahaya matahari menjadi kekuningan-kuningan,manakala pokok-pokok di persekitaran tidak jelas kelihatan kecuali khemah anda.
Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda.Lukisan tersebut hendaklah memberikan penekanan kepada unsur jalinan,ruang,warna dan pencahayaan.

6)Seekor rusa sedang minum air di sebuah tasik. Di sekitar tasik ditumbuhi pokok-pokok renek.
Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur ruang, bentuk dan jalinan.

Contoh Soalan Kertas 2 (Seni Halus)

10 ulasan:

  1. kasi lah contoh lukisan.bleyh tiru2 cket..uhux.sy xpndi lukis argh..

    BalasPadam
  2. ade tak sample??

    BalasPadam
  3. Pelajar yang lemah dalam seni visual boleh dapat sampel dan juga teknik melukis yang baik (dibuat khas untuk semua pelajar tingkatan 5 )pada laman web berikut; http://artbook4u.itgo.com.

    BalasPadam
  4. belajar la lukis sndiri...mcm tu ane na pandai la....

    BalasPadam
  5. dak seni 2o1o5/31/2010 4:27 PTG

    tanpa nama,mane ade laman web yg awk ckp 2
    yg artbook4u.itgo.com

    BalasPadam
  6. ala takda ker lukisan pemandagan??
    aduhai susah laa..cari kn internet takda dpt lain y nak cari lain y kuar laa

    BalasPadam
  7. saya nk lihat contoh lukisan psv 2010 dari soalan 1 hingga 6!! ada spe2 yng sudi nk upload??

    BalasPadam
  8. cikgu ad tak contoh utk soalan no 5......spm 2011...

    BalasPadam
  9. Sya Dulu Spm Pilih Soalan No.2...Dan Mendapat A+...:).

    BalasPadam
  10. nak contoh lukisan soalan no 6...hehe

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

Soalan KRSV 2013 pilihan anda...

Soalan kertas 2 yang anda pilih..