10 Mac 2010

Catan Cat Minyak

Catan Cat Minyak

Bathing at Asnieres, Georges Seurat, 1883.

The Sunflowers, Vincent van Gogh, 1888.

1. Sejenis pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.
2. Bahan Pengilat ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.
3. Bahantara yang digunakan ialah turpentine.
4. Ciri-ciri: bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik mencatan
5. Alat dan bahan yang digunakan seperti berus pelbagai saiz, pisau palet, plat pembancuh warna, bekas minyak linsid, turpentine, kekuda (easel), kanvas atau sebarang permukaan.

Cat Minyak

Pelbagai bentuk berus

Minyak Linsid

Kanvas yang telah diregangkan

Kekuda (easel) 

Proses penyediaan kanvas

1. Siapkan pemidang kayu mengikut saiz yang dikehendaki (pastikan kukuh dan tidak boleh dilentur)
2. Gunakan stapler gun untuk meregangkan kanvas atau kain belacu
3. Kain dipaku di sisi pemidang dengan kemas dan tegang
4. Sapukan gam kanji yang cair, glu enamel atau akrilik primer untuk menutup lubang pada kain
5. Sapukan cat emulsi putih ke atas lapisan gam kanji cair tadi setelah kering
6. Pastikan jalur catan emulsi menyilang supaya permukaan kanvas rata dan licin

Proses memasang kanvas ke bingkai kayu

Lihat video pemasangan Kanvas

Proses catan

1. Buat lakaran kasar dengan pensel atau arang
2. Warnakan latarbelakang mengikut warna objek
3. Memperincikan catan dengan berus yang lebih halus supaya wujud kesan perspektif, bentuk dan jalinan
4. Kemasan dan persembahan dengan membingkaikan catan

Girl and Animal

Copenhagen, Leonid Afremov

Wolf, Impressionistic
Catan Impasto


Saksikan Video Proses Mencatan

4 ulasan:

  1. saya sangat suka membuat kerja seni visual kerana ia amat menyeronok kan. Bagi saya seni adalah kerja paling mudah dalam semua mata pelajaran yang ada.saya sangat bersyukur kerana guru yang telah mengajar seni saya sangat bagus . terima kasih kepada guru yang mengajar saya pendidikkan seni visual pada darjah 1 hingga saya darjah 6.terima kasih lagi saya ucapkan kepada rakan saya yang sudi mengajar saya membuat dan memasukkan nama saya dalam pertandinagan diorama dan akhirnya saya menang juga.walaupon dapat tempat yang terakhir. terima kasih kepada semua orang yang sudi menolong saya.saya sangat suka kan blog ini...................

    BalasPadam
  2. ianya sangat cantik dan membantu saya untuk belajar cara-cara untuk melukis dan menggunakan warna air dengan betul

    BalasPadam
  3. ianya sangat cantik dan membantu saya untuk belajar cara-cara untuk melukis dan menggunakan warna air dengan betul

    BalasPadam