17 Jul 2011

GARISAN


Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Pengenalan Garisan


1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.


2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam

3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

    i.  Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
             Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis   dan sebagainya.

garisan pada anyaman tikar 

garisan pada bangunan

   ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
            Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

garisan pada titisan hujan

garisan pada urat daun

garisan pada kulit harimau

Jenis-jenis Garisan


1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri

jenis-jenis garisan

Fungsi Garisan


1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

garisan menghasilkan rupa

garisan menghasilkan bentuk

garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

garisan menghasilkan jalinan

garisan yang mencipta corak

garisan yang mencipta corak


Garisan, Ton dan Ruang


1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap

semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni


1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)

Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya

penggunaan garisan dalam karya lukisan

Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng

karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan

karya tenunan juga mencipta garisan

aplikasi garisan dalam seni arca

garisan tampak jelas pada karya anyaman

70 ulasan:

  1. bagus 10markas

    BalasPadam
  2. Terima Kasih untuk info yang sgt2 berguna ni :)
    Semoga usaha ni dapat ganjaran yang hebat dari Allah.

    BalasPadam
  3. terbaekk ! :D
    mudah saya untuk menyiapkan folio saya :)
    TRIMAS !

    BalasPadam
  4. yeahh, saya suka lah blog nih :) thanks who has created it. :) berguna sesangat :)

    BalasPadam
  5. terbaekk , =)
    semuaa nie , memudahhkan saye untokk menyiapp kan foliooo saye ...
    hahahx ...
    thanxx

    BalasPadam
  6. thanks a lot atas maklumat

    BalasPadam
  7. Guru sains senior1/06/2012 9:07 PTG

    Assalamualaikum & salam sejahtera!
    Terima kasih banyak kerana berkongsi ilmu. Saya seorang guru senior yang tinggal lagi 5 tahun hendak pencen. Tahun ini pertama kali saya mengajar seni!!! Banyak ilmu yang saya perolehi. Mudah-mudahan segala yang saya perolehi ini dapat di sampaikan dengan baik kepada anak-anak didik saya. You're never too old to learn new things in life!! Baru la enjoy hidup.... lebih tepat jadi guru!

    BalasPadam
  8. yeah dgn ini saya dpt membuat kerja saya!! tq.

    BalasPadam
  9. dpt la buat keje skit...
    tpi ap yg sy nk x dek at sini...
    ermm..sedeh2...cmnewla nk wt keje kolah nih....

    BalasPadam
  10. thx for the info. keep in touch always with this blog :)).

    BalasPadam
  11. saya ialah seorang penasib!!!!!!!.saya dapay banyak immu pengetahuan !!!!.....saya bernasib kerana dapat mencari maklumat dengan mudah iaitu keja sekolah yang dibagi oleh cikgu mansor dari smk idris shah

    BalasPadam
  12. okey bagus blog nihhh siap jugakk folio sye!

    BalasPadam
  13. syer skew blog nie tpi susah nx cri

    BalasPadam
  14. susah larh nx cri.hbis keja x siap

    BalasPadam
  15. ribuan terima kasih....
    usaha anda sgt membantu pelajar yg benar-benar memerlukan terutama yg sukar mendapatkan sumber idea......kalau ada perkembangan baru bolehlah hubungi di email saya ....matakir_711@ymail.com

    BalasPadam
  16. sy sron0q membaca

    BalasPadam
  17. x da ka cnth gmbr bag mmbli blh krja khusus 2012 nya...??/

    BalasPadam
  18. tq..syok baca..ada lagikah jenis garisan yang lain selain daripada yang dinytakan di atas?

    BalasPadam
  19. saya pelajar tingkatan 4 yang akan mengambil subjek tambahan seni..sedikit sebanyak,maklumat ini dapat membantu saya.. TQ :)

    BalasPadam
  20. thanx siapa2 yg uat blog ni... blog ni dpt tlg sye uat foliooo... heheh... tx again

    BalasPadam
  21. sungguh bagus lah ! saya suka!!!

    BalasPadam
  22. i think this is cool.......hahahhaha

    BalasPadam
  23. assalamualakum..mohon berkongsi info..terima kasih:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ok saya akn kongsi info ini

      Padam
  24. t.kaseh bebnyak tua punye blog ya!!sy student fine art..suka bca info ni sbb dlm point..snang nk faham.malas nk buka note yg lecte bg..pnjng mlebor..peace no war..

    BalasPadam
  25. mohon izin nk copy paste dlm exam..smoga diberkati ilmu dicedok ya..peace no war..

    BalasPadam
    Balasan
    1. copylah nnty wuat baik@ masa exam gud luck

      Padam
  26. gempak aa derr..
    bereh folio akue

    BalasPadam
  27. thanx..
    sangat membantu..
    terima kasih...
    saya amik ckit fakta kt atas uh wt folio..
    halal la yew...
    hehe..

    BalasPadam
  28. padat dan ringkas isi kandungan dia..trma ksh atas mklumat yg diberikan

    BalasPadam
  29. garisan grid berpancar? saya tak berapa jelas dengan ini? macam mana ialah garisan grid berpancar

    BalasPadam
  30. terima kasih...banyak yang saya pelajari!!!!

    BalasPadam
  31. copy n paste for folio only no problem :P
    tq u've helpped me a lot :P

    BalasPadam
  32. Salam. Terima kasih kerana membina blog yg sangat bagus ini. Mohon izin untuk share, mengguna bahan-bahan untuk kegunaan anak bangsa. Moga Allah memberkati dan merahmati tuan.

    BalasPadam
  33. Thank...senang lah sya nk buat folio..terima kasih sangat2 krana mmbri maklumat yang sangat berguna..

    BalasPadam
  34. terima kasih cikgu . nota ini bnyak membantu saya .

    BalasPadam
  35. terima kasih. banyak membantu saya.

    BalasPadam
  36. Garisan dapat menimbulkan kesan-kesan?

    BalasPadam
  37. Bagaimanakah garisan dapat menghasilkan bentuk??please jwb

    BalasPadam
  38. hi..tq info d sini ya...banyak membantu saya :)

    BalasPadam
  39. terima kasih senivisual1.blogspot.com kerana mengkongsi banyak ilmu tentang seni..

    BalasPadam
  40. Alhamdulillah, terima kasih atas sharing yang amat membantu ini. Semoga Allah memberi ganjaran yang lebih mulia kepada saudara

    BalasPadam
  41. I dont found what I want

    BalasPadam
  42. https://youtu.be/lUpoSLxaFv8

    boleh rujuk vidoe ini.tkasih

    BalasPadam
  43. TAJUK 1_ PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA
    TAJUK 2_GARISAN
    TAJUK 3_RUPA
    TAJUK 4_BENTUK
    TAJUK 5_JALINAN

    BalasPadam
  44. Sangat berguna!!!tqsm😀😘

    BalasPadam
  45. wah!manfaatnya untuk menyiapkan ulangkaji saya

    BalasPadam
  46. terima kasih ilmunya..mohon untuk guna

    BalasPadam
  47. Bagaimanakah garisan dapat
    menghasilkan bentuk?jawap pliss la jawap jaaaaaaaaawaaaaaaaaapppp.

    BalasPadam
  48. Bagaimanakah garisan dapat
    menghasilkan bentuk?jawap pliss la jawap jaaaaaaaaawaaaaaaaaapppp.

    BalasPadam
  49. Saya anjali saya suka melukis

    BalasPadam