22 Nov 2012

Soalan No. 1 - Makhluk Aneh Di Dasar Lautan

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia..

Kita lihat soalan No 2 pula..

1. Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik. Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan berwarna-warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat daripada pelbagai cengkerang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni.

Soalan ini nampak seperti mudah, kerana saya pasti calon-calon telah biasa dengan lukisan hidupan laut semasa percubaan/peperiksaan dan terutama sekali mereka yang memilih KRSV tema kasut kanvas corak hidupan laut. Namun begitu sebenarnya anda hendaklah mempunyai daya imaginasi, fantasi, kreativiti untuk menghasilkan catan ala surealism, atau sebenarnya anda memerlukan kemahiran berfikir tahap tinggi. Kerana soalan-soalan lain hanya mengkehendaki anda melukis dan meneroka benda yang pernah wujud, tetapi berbeza dengan soalan ini, anda harus meneroka, mencipta atau mereka sesuatu yang belum pernah wujud.

Sebagai permulaan, soalannya meminta anda menghasilkan catan di dasar laut. maka carilah gambar-gambar dasar laut. Laut cetek, laut dalam, kawasan berbatu karang dan lain-lain sebagai sumber rujukan

pemandangan dasar laut cetek

batu karang

kawasan berbatu dan gua


laut dalam

Seterusnya pastikan anda mengkaji pencahayaan di dasar laut, jika anda memasukkan ton dan cahaya, pemandangan kelihatan lebih dramatik dan menarik 

pencahayaan di dalam laut 

Bagi melukis makhluk aneh, pendapat saya, melukis ikan duyung adalah satu kebiasaan. Tentu ramai yang akan menghasilkan ikan duyung. Jadi, jika nak kelainan, buatlah sesuatu yang berbeza.. Atau yang terbaik, untuk soalan ini sebenarnya pelajar hendaklah pandai berimaginasi dan kreatif dalam menghasilkan rekaan-rekaan yang belum pernah dihasilkan atau dijumpai di mana-mana. Dan selain dari itu pastikan makhluk tersebut bersisik, seperti manusia dan berwarna-warni kerana itu kehendak soalan. Anda boleh mengambil idea dari ikan, udang, kerang, ketam, sotong dan lain-lain. Lalu di tukarkan sebahagian figuranya menjadi manusia...

contoh makhluk aneh

makhluk aneh

contoh makhluk aneh

makhluk aneh

bandar di dasar laut

penempatan dasar laut, cuba olahkan atau tukar kepada jenis batu karang, cengkerang dan rumpai laut

Berikut antara gambar-gambar yang boleh dijadikan rujukan








Maaf kerana tiada lakaran atau contoh seperti kehendak soalan, anda hanya boleh menggunakan idea yang ditunjukkan, digabungkan menjadi idea anda. Kerana soalan ini memerlukan KBKK (kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis). Maka, jika anda memilih soalan ini bermakna anda telah bersedia untuk berfikir..

33 ulasan:

  1. sedih...
    kenapa tak ada lakaran??????????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thu x pe mcm mane nk thu

      Padam
  2. Perlu kah msukn lukisan diri sendiri yg sbgai penyelam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tak prlu kott

      Padam
    2. nax tnya jap .. boleh terangkn sikit tax ..
      bab saye tax paham soalan yg awak tnyer tu?

      Padam
  3. nak lakaran nak lakaraN !

    BalasPadam
  4. bolh tak tunjuk cotoh lakaran soalan no 1 ni?sebab saya tak faham sangat soalan no 1 ni...

    BalasPadam
  5. soalan 5 tade ke? perlukan rujukan untuk soalan 5 jugak. thnx.

    BalasPadam
  6. nak soalan 3! sangat memerlukan rujukan. hmm.

    BalasPadam
  7. X dew cntoh yg lg snang kew??

    BalasPadam
  8. lukis ikan duyunglah....

    BalasPadam
  9. boleh lukis Mermaid sebagai aneh?

    BalasPadam
  10. hai :)
    saya john pejabat haiwan..bila nk set bola?geng abg soffi ajak..

    BalasPadam
  11. terima kasih :)

    BalasPadam
  12. knpe ssh sgt?
    bgi lh contoh lakaran,,,1 jee.plsz

    BalasPadam
  13. hmmp .. bagilah contoh untok soaln no 1 .. 1 jer ..
    ssah lhh ..

    BalasPadam
  14. aep ! xde soalan no 3 ke .. bgilah rujukan sikit ..

    BalasPadam
  15. sshnya....

    BalasPadam
  16. Bndar dlm laut tu kn.. na lukis jarak dekat or jaoh? Yg maklok anek kna wad keje tu cane lak?

    BalasPadam
  17. Nurul Amirah 5D11/28/2012 12:24 PTG

    knak susah glak ya,, x mnarik lngsuns,, sy esok bakal ambil paper sni ...
    smk bandar sarikei sarawak


    BalasPadam
  18. . hmm !! seorang penyelam perlukah masuk dalam lukisan saya ????????

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semestinya...sebab soalan cuma nak apa yang dilihat.

      Padam
  19. leh tnya skit?????qtion cam nie sgt susah but,kalo kte gbungkn idea kta sndri leh tak????

    BalasPadam
  20. nak bagi timbul cahaya didasar laut nak buat macam mana ye...tolong terangkan...

    BalasPadam
  21. pakai imaginasi la...jgn mengharapkan bantuan orang ... nak periksa buat cara nak periksa...usaha kan lebih baik...dari asyik nak meniru jew

    BalasPadam
  22. heshhhh aq lupe nk lukis sisik ikan,ni msti potong mark,haiwan aneh???? susah lah nk lukis gmbr kt atas 2,perlu ke..????

    BalasPadam
  23. mnyesal pilih solan ni,susah!!!gmbr kt atas 2 mnakut kn,tp ckg aq ckp kene lukis bnde indah2,mane satu ni..??

    BalasPadam
  24. hee btol tu adik2.. imaginasi sgt2 la di perlukan... akak dulu dak seni jgak.. igt tau jga leklok sbjek seni.. x mustahil korang jd arkitek or landskap arkitek... seni perlu ad kreativiti , imaginasi , logik akal :) goog luck !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak , tade contoh lukisan kew ?? idea dan imaginasi da ad tpy perlu bnyak contoh untuk rujuk , ad ta ??

      Padam
    2. kak , tade contoh lukisan kew ?? idea dan imaginasi da ad tpy perlu bnyak contoh untuk rujuk , ad ta ??

      Padam
  25. malas aku nak vote. dah mula tahu tak!!

    BalasPadam
  26. terima kasih untuk rujukan ni :) really helpful !

    BalasPadam
  27. macam mana mau lukis org ?

    BalasPadam