19 Nov 2012

Soalan PSV SPM 2611/2 Tahun 2012

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia..
Nampaknya soalan tahun ni agak susah..Calon-calon hanya mempunyai masa 1 minggu bagi menyiapkan persediaan bagi menjawab soalan ini iaitu pada 29 November 2012. Pilihlah mengikut kemahiran dan kemampuan masing-masing...



SOALAN PSV SPM 2012 -  KERTAS 2

1. Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik. Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan berwarna-warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat daripada pelbagai cengekrang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni.


Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada jalinan, bentuk dan warna.
2. Anda sedang melalui sebuah jambatan gantung yang merentasi kawasan air terjun. Apabila anda melihat ke bawah, kelihatan pemandangan alam semula jadi yang begitu indah dan menarik.
Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada perspektif, ruang dan warna.

3. Di pinggir sebuah hutan kelihatan tiga ekor unggas. Dua ekor sedang bertenggek di atas sebatang pohon kayu yang tumbang dan reput. Seekor lagi sedang mengais daun-daun kering untuk mencari makanan.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk, jalinan dan warna.

4. Di tepi pintu rumah kelihatan sebuah rak kasut. Pelbagai jenis kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak disusun di atas rak tersebut. Terdapat juga beberapa selipar yang berselerakan di depan pintu.
Lukiskan komposisi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

5. Anda telah mendapat seorang jiran baru. Anda dan beberapa orang sedang sibuk membantu menurunkan perabot dari lori.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan aksi manusia.

6. Seekor monyet besar sedang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam gaung.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberikan penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan

34 ulasan:

  1. setelah melihat soalan,sya juga dapati seperti sukar untuk murid saya melukis...sbb saya tahu kemampuan murid saya...soalan fantasi juga agak rumit...ermmmm..nmpaknye ckg la yg akan sediakan mental untuk memahamkan murid..kerana kena faham yg ambil soalan seni adalah murid kelas paling belakang yg tidak faham langsung pape subjek pun...lglah nk paham kehendak soalan seni yang kadang xberapa nk jelas...

    BalasPadam
  2. Assalamualikum ckgu boleh tak ckgu lukis salah satu soalan yg d minta? sy ingin melihat contoh2 lukisan ckgu Trima kasih

    BalasPadam
  3. Soalan2nya agak menarik....kalau ada yg dapat lukis dengan jayanya...pasti cantik :) Tapi...untuk standard pelajar...,saya rasa tahap kesukarannya agak tinggi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. pelajar seni 201211/21/2012 7:13 PTG

      mmng susah sangat2.hmmm takut tol x mampu nk buat

      Padam
  4. soalan no 4 agak senang sebab tidak memerlukan figura namun perlu daya kreativiti untuk gubahan..lagipun pelajar dah didedahkan jenis2 kasut ketika membuat folio kerja kursus tempohari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. x thu la nk pilih yg soalan mna 1..cgu seni xdpt dtg sek ari ini sbb xsihat..ermm soalan2 thun nie mmg susah dri thun2 yg lepas..mybe sy pilih no.2 sbb xpyh lukis org n jambatan gantung.. sy b'hrp sgt2 cgu PSV sy dpt dtg sblm exm PSV untk beri kitorang cra2 nk lukis n permudahkn untk lukis..kerja kursus sy 94%.
      sy doakan cgu PSV sy sihat walafiat insyaAllah..

      Padam
  5. Saya setuju dgn pandangan tanpa nama yang mana tahap kesukaran soalan2 tahun ini agak tinggi, semua soalan nampak menarik jika dibuat kajian dan dilukis dengan baik.. walaubagaimanapun, kebanyakan murid2 sekolah kurang membuat rujukan dan kajian untuk mendapatkan idea catan. Oleh yang demikian bimbingan peringkat awal drp guru2 masing2 sangat2lah diperlukan bagi membantu memberi idea kepada pelajar kita..

    BalasPadam
  6. Hai cikgu.. soalan tahun ini susah la.. menurut cikgu soalan nombor berapa yang senang..

    BalasPadam
  7. saya akan pilih soalan unggas (3) atau kasut (4).. terpulang kepada kecekapan/kemahiran masing-masing..

    BalasPadam
  8. Hi cikgu saya pelajar SPM yang akan mengambil seni Kertas 2 ini.Menurut pandangan saya ramai pelajar akan buat soalan ini, pasti ada lukisan yg hampir sama.Bolehkah saya minta cikgu untuk meletakkan contoh berkaitan dengan soalan kasut?

    BalasPadam
  9. cikgu saya tidak beberapa faham untuk soalan 2 adakah kita perlu melukis jambatan gantung itu sekali dan boleh beri contoh untuk soalan 4

    BalasPadam
  10. cikgu saya juga nak tanya soalan no 6 boleh bagi nasihat atau cadangan dan bagaimana dengan pencahayaan dan cara sepatutnya untuk melukis sebab ia kata monyet besar sdg mnyelamatkan seorg kanak2 yg jatuh ke dlm gaung

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum cikgu ,boleh beri contoh lukisan soalan no.4 ?

    BalasPadam
  12. soalan ni jugaagak susah untuk pelajar saya..mohon share idea..terima kasih...

    BalasPadam
  13. mohon kerjasama semua, saya pilih soalan unggas (3) mungkin senang. saya perlukan idea dari cikgu

    BalasPadam
  14. soalan nombor 6 tak dak ka??

    BalasPadam
  15. oit x dek agi k.......

    BalasPadam
  16. susah nye....rase mcm nak pengsan je...dah lah ambil seni sbg subjek tambahan....menangis saye...

    BalasPadam
  17. soalan mudah pada tahun ini...itulah kata-kata seorang pelajar saya.....ya ..seorang daripada 66 yang akan berkata...matilah saya cikguu...payahhhhnya....

    BalasPadam
  18. soalan number 2 perlu lukis figura ke? perlu buat jambatan gantung jgak ke? kurang faham laa.. :( ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hnya lukis air terjun n tumbuhan/ hutan/ pokok2..

      Padam
  19. hmmm,soalan 2 berapa titik lenyap perlu ade ?1 2 3?

    BalasPadam
  20. salam..blh x cgu beri cth soalan no.6?

    BalasPadam
  21. soalan no.6 berbunyi " Seekor monyet besar sedang menyelamatkan seorang kanank-kanak yg jatuh dalam gaung.

    Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kpd BENTUK, JALINAN n PENCAHAYAAN.

    blh tak cgu bgi contoh soalan no.6?

    BalasPadam
  22. sush btol soaln thun ny..x taw nk lh ap..
    buntu nya..

    BalasPadam
  23. assalamualaikum..susah la cikgu.hmmm..takut tak dapat lukis dengan menarik.tahap soalan ni pun tinggi bagi saya.

    BalasPadam
  24. arrrrrrrrr...susah...

    BalasPadam
  25. semue soalan seni memang susah la nx di jwb tlong la nx wt no 4 ni di tepi pintu ade sebuah rak kasut

    BalasPadam
  26. soalan kali ini susah lah .. but why...?

    BalasPadam
  27. Soalan susah lah x thu nk pilih yg mne stu..nk try buat no2 lah

    BalasPadam
  28. Sebagai guru PSV sy rasa soalannya wajar.kalau x pandai lukis figura pilihlah lukisan setting spt rak kasut.Rasanya soalan itu yg paling mudah utk pljr.

    BalasPadam
  29. Sebagai pelajar anda perlu cuba buat lakaran soalan pilihan melalui rujukan sendiri dari sumber spt internet,gbr @ sekeliling.Slps itu bincang dgn guru PSV anda,minta pendapat dn betulkan lakaran anda,bukan hanya m'harap cth dr guru t'lebih dahulu. anda perlu buat dahulu...

    BalasPadam
  30. 第四的鞋要用素描来画吗?

    BalasPadam
  31. | takde ker lakaran tuk tahun nie?

    BalasPadam