2 Sep 2013

Arca Estetik dan Arca Berfungsi

Kategori Arca

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek yang sebenar yang difahami kewujudannya seperti patung manusia. Arca abstrak bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk mengintepritasikan bentuk dan maksud arca itu. Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu arca estetik dan arca berfungsi

Contoh arca realis, 'Statue of Habacuc' (1423-35) oleh pengarca Donatello

Contoh arca hyper realistic oleh pengarca Ron Mueck 

Contoh arca abstrak 'Perhubungan', oleh Syed Ahmad Jamal, 1964, bahan : kayu

Arca Estetik

1  Merupakan arca yang dijadikan bahan peragaan atau tatapan sahaja. Ia dipamerkan diruangan galeri atau ruang dalam bangunan sebagai penghias.

2. Arca sebegini mempunyai nilai intelektual yang memerlukan daya pemikiran yang kritis untuk memahami maksud taua mengintepritasikannya.

Contoh Arca Estetik

 Bayu Utomo , 'Bujang Berani', 1991, bahan : besi

Anthony Lau, 'Ayam Jantan', 1963, bahan : besi


Arca Berfungsi

1. Arca berfungsi mempunyai nilai keindahan dan dipamerkan dengan tujuan tertentu. Contohnya patung kaum peribumi Malaysia dihasilkan sebagai lambing kepercayaan dan digunakan dalam upacara ritual mereka.

2. Arca berfungsi ini merupakan jenis arca terawal yang dihasilkan oleh manusia. Pembinaan arca di taman permainan, selain menghias ia juga berfungsi sebagai tempat kanak-kanak bermain. 

Contoh Arca Berfungsi

arca patung Buddha berfungsi sebagai alat penyembahan

Topeng


Topeng

arca berfungsi jam dinding

arca kerusi yang berbentuk unik dan boleh digunakan untuk duduk

arca berfungsi sebagai lampu

tempat permainan kanak-kanak yang berbentuk unik

taman permainan kanak-kanak

2 ulasan:

  1. klaw boleh letak jg lakaran arca tersebut

    BalasPadam
  2. Wrong statement: 'Perhubungan', oleh Syed Ahmad Jamal, 1964, bahan: kayu
    This work was made with mild steel.

    BalasPadam