Kita lihat soalan No 2 pula..
1. Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik. Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan berwarna-warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat daripada pelbagai cengkerang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni.
Soalan ini nampak seperti mudah, kerana saya pasti calon-calon telah biasa dengan lukisan hidupan laut semasa percubaan/peperiksaan dan terutama sekali mereka yang memilih KRSV tema kasut kanvas corak hidupan laut. Namun begitu sebenarnya anda hendaklah mempunyai daya imaginasi, fantasi, kreativiti untuk menghasilkan catan ala surealism, atau sebenarnya anda memerlukan kemahiran berfikir tahap tinggi. Kerana soalan-soalan lain hanya mengkehendaki anda melukis dan meneroka benda yang pernah wujud, tetapi berbeza dengan soalan ini, anda harus meneroka, mencipta atau mereka sesuatu yang belum pernah wujud.
Sebagai permulaan, soalannya meminta anda menghasilkan catan di dasar laut. maka carilah gambar-gambar dasar laut. Laut cetek, laut dalam, kawasan berbatu karang dan lain-lain sebagai sumber rujukan
pemandangan dasar laut cetek
batu karang
kawasan berbatu dan gua