19 Jul 2011

Gubahan Warna


Gubahan Warna
Sewarna, warna harmoni dan warna penggenap


Sewarna
1. Sewarna adalah gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom.
2. Sewarna dapat dihasilkan dengan campuran satu warna dengan hitam bagi mendapatkan kesan gelap dan putih bagi mendapatkan warna cerah.

kumpulan warna sewarna

17 Jul 2011

GARISAN


Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Pengenalan Garisan


1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.


2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam

22 Mei 2011

Melukis dan Mewarna Pokok



Tumbuh-tumbuhan atau pokok adalah salah satu daripada benda ciptaan tuhan dan banyak dihasilkan dalam karya-karya seni yang berasaskan landskap.

Teknik melukis pokok

1. Melukis struktur pokok. Mengenal pasti jenis pokok yang hendak dilukis dan menghasilkan lakaran ringkas struktur batang dan ranting dengan mengunakan pensel yang tidak terlalu gelap dan tekanan yang perlahan.


15 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011


Selamat Hari Guru...
Kepada semua warga guru seluruh Malaysia, 
Selamat menyambut Hari Guru 2011, 
Semoga sentiasa berbangga dan tabah menjadi seorang guru.. 

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara......

11 Mei 2011

Jadual waktu Peperiksaan SPM 2011

Assaamualaikum,
Nampaknya dah ada jadual UPSR, PMR dan SPM di laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia... Marilah kita sama-sama memuat turun dan mengatur segala perancangan untuk hujung tahun nanti...

Muat Turun Jadual di LPM
http://apps2.moe.gov.my/lpm/index.php

UPSR
http://lp.moe.gov.my/files/upsr/2011/JWUPSR2011_21022011.pdf

PMR
http://lp.moe.gov.my/files/pmr/2011/JWPMR2011_21022011.pdf

SPM
http://www.moe.gov.my/lp/files/spm/2011/JADUAL%20WAKTU%20SPM%202011%20FINAL.pdf

29 Apr 2011

Reka Bentuk Korporat - Komunikasi Visual


Reka bentuk korporat

1. Reka bentuk korporat atau lebih dikenali sebagai identiti korporat iaitu identiti visual sesebuah syarikat, organisasi atau institusi.

2. Reka bentuk korporat wujud apabila terdapat keselarasan dari segi stail, warna rekaan dalam semua bentuk persembahan organisasi dan bertujuan untuk memperjelaskan identiti badan tertentu.

3. Reka bentuk korporat merangkumi prinsip asas visual yang melambangkan organisasi dan produk atau perkhidmatannya.

4. Rekaannya meliputi semua bahan, dokumen, kepala surat, kad perniagaan, invois, kemeja T, diari, kalendar, kenderaan syarikat, pen, risalah, buku nota dan semua peralatan menggunakan identiti iaitu logo, skima warna dan rekaan yang sama.

contoh-contoh reka bentuk korporat

sampul surat, kepala surat dan kad perniagaan

23 Mac 2011

RUPA (unsur seni)

Unsur-unsur Seni - RUPA



A. Pengenalan
  • Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
  • Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

rupa

B. Jenis-jenis Rupa

Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri
  • Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
  • dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

rupa geometri

rupa geometri

22 Mac 2011

PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.

1. Harmoni
  • Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
  • Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
  • Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
  • Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

harmoni dari segi garisan

harmoni dari segi bentuk

harmoni dari segi rupa

2. Kontra
  •  Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
  • Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
kontra dari segi bentuk

kontra dari segi warna

kontra dari segi warna