9 Nov 2009

Ukiran Kayu

PENGENALAN

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.


Sejarah perkembangan Ukiran kayu

Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).

Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.

BENTUK-BENTUK UKIRAN

a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.




b. Ukiran Bunga Timbul

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.


c. Ukiran Arca

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.



d. Larik

Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

d. Ukiran Kayu Hanyut

Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.



TOKOH-TOKOH UKIRAN

1.Encik Latiff bin Long

Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.

2. Tuan Haji Wan Su bin Othman

Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.

45 ulasan:

  1. sangat meminati seni ukiran.. boleh bagi nama tempat yang boleh dilawati untuk lihat proses mengukir disekitar bangi?

    BalasPadam
  2. salam,,
    saya pelajar ting 5
    saya budak sains tapi ambil seni sbg subjek tambahan
    tajuk kerja kursus yang saya kena buat ukiran kayu
    saya still cari gambar ukiran kayu.
    harap cikgu dapat tolong saya
    bagaimana nak buat ukiran,bagaimana nak pilih tema ukiran,etc

    thanks

    BalasPadam
  3. tanpa nama, alhamdulillah anda berbakat, tanpa bakat, pasti anda tidak akan ambi PSV. kkursus PSv tak susah, minta contoh folio yg sudah2 dr cikgu anda, yang berkaitan dengan ukiran. Jika tak ada, lihat soalan, memang telah diberi turutan helaian apa nak dibuat dahulu. yg penting ilustrasi mesti strong pada folio. Utk ukiran motifnya simple, iaitu flora, dah banyak cth yang bleh kita lihat dan ambil idea dari situ saja.

    BalasPadam
  4. untuntuk mengetahui tentanmg ukiran sila emailkan pada saya twinklestar_smile@yahoo.com

    BalasPadam
  5. Assallamualaikum,
    Saya pelajar IPT, dari jurusan fesyen
    berminat tentang ukiran kayu ini, saya sekarang dalam proses mengkaji tentang ukiran serta makna sesebuah ukiran itu..

    baru2 ni sy ke pahang menjalankan research tentang ukiran di rumah Tun Abd Razak ..sy ingin mengetahui sedikit sebanyak maklumat tentang ukiran tersebut...dan fungsi ukiran tersebut diletak ditempat tersebut..mungkin ade philosophy yang tersirat disebalik ukiran tersebut...

    contoh gambar boleh dilihat di sini :

    http://puteriputera.com/d/index.asp?type=blog

    teratak tun abd razak

    BalasPadam
  6. Salam,

    Saya tinggal di Lembah Kelang dan amat berminat utk mempelajari seni ukiran kayu. Dimana saya boleh mendapatkannya. Terima Kasih.

    BalasPadam
  7. Dijual Rumah Joglo kuno , tiang/soko penyangga bulat utuh jati kuno tanpa kulit diameter 1 meter,panjang 32 m x 25 m, tinggi 5 meter sebanyak 4 buah,dengan paku di semua bagian berbentuk kotak(paku kuno)dinding jati,atap genting batu, didnding jati blabak tebal 5 cm panjang 1,5 m lebar 20 cm, sebanyak kurang lebih 500an lembar, sedangkan dudug atas masih utuh 4 buah tumpuk juga dengan juga ada masih punden Batu untuk lumbung di belakang, benar-benar utuh,usia kayu jati rumah joglo ini ratusan tahu kurang lebih tahun 1700an, terletak di tengah hutan terpencil yang tidak tersentuh masyarakat,kami merhasiakan lokasi rumah dan masih utuh dengan perawatan turun temurun, sempat terakhir di tawar Kolektor dari Belanda senilai 5 Milyar, kami buka pelelangan tahun ini 2010, kami lelang 6 Milyar Nego. lebih lengkap hubungi Ferdi 085649842128 / 0341-9262769

    BalasPadam
  8. maklumat kurang tepat

    BalasPadam
  9. terima kasih bayak atas informasinya.
    kunjungi juga wabsite kami :
    http://jendelainformasi.info/

    BalasPadam
  10. salam...
    saya budak form 2... ada kena wat folio pendidikkan sivik pasal ukiran kayu..
    cikgu nk petikan... rasa nya, maklumat2 kt atas ni cukup x untuk folio 2?

    BalasPadam
  11. jika nk ukiran sempoi jumpa saya

    BalasPadam
  12. ukiran yg sgt kreatif
    http://petai.my/2010/05/ukiran-hidup-oleh-pengukir-ron-mueck/

    BalasPadam
  13. salam...mohon untuk mengambil isi kandungan utuk dijadikan bahan assignment.

    BalasPadam
  14. sgt bnyk maklumat yg saye dpt disni.. blog ny sagt bagus dan blh buat rujukan oleh semua.. terima kasih

    BalasPadam
  15. terbaik lah blog nie sume lengkap

    BalasPadam
  16. terima ksh tu info ni..sy amat memeerlukan maklumat mengenai ukiran kayu melayu tuk asgmt sy..jika ada mklumat mengenai identiti melayu dlm ukiran kayu..sy mohon bantu sy..terima ksh..

    BalasPadam
  17. http://kayularik.blogspot.com/

    klip untuk membeli kayu larik

    BalasPadam
  18. saya berharap gambar-gambar ini boleh memuaskan hati semua kawan-kawan

    BalasPadam
  19. Untuk industri ukiran kayu & perabut, kami membuat Mesin CNC Router 1 Malaysia secara 'Custom Made'.

    Mesin CNC Router ini boleh ditempah mengikut keperluan industri anda cth: saiz 2'x2', 3'x5', 4'x6' dll.

    Bukan sj utk industri ukiran kayu, tetapi juga utk Pengiklanan, Kraftangan, Cenderahati dll.

    Mesin ini membuat kerja2 dgn cantik, kemas, cepat, spt Engrave, Cut Out, 3D, Cut material spt Acrylic, kayu, aluminium, mdf board dll.

    Pengendalian software diberi tunjuk ajar dgn setiap pembelian.

    Harga Berpatutan. Lakukan lah transfomasi dlm industri anda. :-)

    Lawati:
    http://www.kurnia-alrizq.blogspot.com

    BalasPadam
  20. nak gambar encik latifffffffffffff!!!!!! pls

    BalasPadam
  21. Saya tgh siapkan tugasan psal ukiran kayu tradisi melayu tapi x dpt nk cari info pasal pendapat/pandangan tokoh-tokoh pengukir terhadap ukiran kayu tradisi melayu. Boleh x bagi info kat mana nk dapatkannya?

    BalasPadam
  22. THANKS FOR THE INFORMATION...:)

    BalasPadam
  23. woooooooooo.........cantik2.mantap bos

    BalasPadam
  24. terbaekk!!!

    BalasPadam
  25. keren sekali gan ukirannya..
    sangat menarik perhatian, tetap semangat untuk berkarya.. salam sukses selalu untuk agan.

    BalasPadam
  26. ukirankayu amat unik

    BalasPadam
  27. saye rase maklumat ukiran kayu ini sudah mencukupi utuk rakyat semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. I THINK NO..........

      Padam
    2. I THINK NO..........

      Padam
  28. nak tengok ukiran kayu pergi tengok kat balai seni wan su kat besut teranggganu meeeeee.............kat citu u all dapat pelbagai jenis ukirang yang dapat lihat......huhuhu

    BalasPadam
  29. nak tengok ukiran kayu pergi tengok kat balai seni wan su kat besut teranggganu meeeeee.............kat citu u all dapat pelbagai jenis ukirang yang dapat lihat......huhuhu

    BalasPadam
  30. peralatan dan kayu boleh di beli d mana

    BalasPadam
    Balasan

    1. Saya berminat untuk ukiran kayu, ingin beli kayu dan peralatan ringan yang sesuai.
      Dimana boleh saya membelinya?
      Saya dari Sungai Petani. Kedah

      Padam
    2. cuba cari di kedai jual barangan mesin.....pasti ada....kayu lak beli jer kat kedai kayu....lau baru nak belajar beli jer kayu julutong....sebab kayu julutong lembut dan sesuai untuk yang baru nak belajor......

      Padam
  31. di insitut kraf negara,rawang,selangor ada kursus ukiran kayu ditawarkan kepada yang layak..di samping bidang kraf lain seperti tenun,batik,logam,dan seramik....diploma 3 tahun manakala sijil 2 tahun.......

    BalasPadam
  32. salam..sye still skolah ag n skrg sye form4..sye amik bidang seni n sye nk taw lebih mendalam tentang ukiran kayu ni..

    BalasPadam
  33. As salam. mohon kebenaran untuk copy dan paste maklumat dan gambar ukiran kayu dalam blog ini untuk tujuan kajian dan penghasilan projek bertajuk ukiran kayu. terima kasih.
    jasminjamel@yahoo.com

    BalasPadam
  34. mohon share..terima kasih

    BalasPadam
  35. Salam, sy pelajar tingkatan 5 pure sci tp amik seni sbg tambahan,, folio tahun ni berkenaan kerja kayu, blh tak saya nak cara-2 pembuatan ukiran kayu dari lukisan sampai habis? tq :)

    BalasPadam
  36. kesenian ukiran kayu memang cantik
    www.saham.bugs3.com

    BalasPadam
  37. bley dapatkan tarikh dan lokasi kursus asas ukiran kayu bagi tahun 2014...tq

    BalasPadam
  38. Saya pengukir dr jateng.tepatnya daerah borubudur

    BalasPadam
  39. Boleh saya tanya .. Apa kepentingan ukiran kayu ni??

    BalasPadam
  40. Di mana blh DPT pisau ukiran kayu jenis lekuk

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum tuan....mohon izin guna sekeping gambar tebuk tembus tidak silat di atas untuk dimasukkan di dalam buku teks pendidikan seni visual terbitan syarikat...harap diberi keizinan...terima kasih tuan

    BalasPadam