29 Okt 2009

Tembikar - Teknik Pembuatan Labu Sayong

Labu sayong

Labu sayong

Pembikinan labu sayong

Peralatan Yang Digunakan

penepek

1. Penepek

Sebatang kayu diguanakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.

sudip

2. Sudip

Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.

pengukir

3. Pengukir

Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan-hiasan pada labu.

batu luru
4. Batu Luru / Licin

Digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.

Pinggan alas

5. Pinggan Ayan / Piring Capah

Berfungsi sebagai roda pemutar.

Proses Pembuatan Labu Sayong

Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.

Tanah liat boleh dijumpai di tepi-tepi sungai

Tanah liat ditapis bagi mengasingkan kekotoran

1. Menyediakan Tanah

Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada.

Setelah nyata bersih, tanah itu duli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.

Membentuk tanah liat

Membentuk tanah liat


2. Membentuk

Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.

Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.

Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu.

Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

Penggunaan batu sungai bagi melicinkan permukaan labu

Ragam hias menggunakan pelarik
3. Menghias

Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.


Labu yang disalai

pembakaran tembikar

labu dimasukkan ke dalam sekam padi bagi mendapatkan warna kepada labu tersebut

4. Membakar

Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.

Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.

Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

Labu yang telah siap

labu yang telah siap

20 ulasan:

  1. saya penah mlalui proses ini..masa wat tembikar kat kuala kangsar

    BalasPadam
  2. wah , baguslah ada pengalaman.. patut dikongsi bersama gambar-gambar, proses dll :-)

    BalasPadam
  3. sungguh bermakna info ini

    BalasPadam
  4. Terima kasih, info ini hanya hasil pungutan dari sana sini. Hanya untuk dikongsi bersama kita semua..

    BalasPadam
  5. orang yang tetn2 jewk leyh wat tembikar ney...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bitaulaa macam mana nak buat tembikar

      Padam
  6. hefrtm zdfmrm,

    BalasPadam
  7. thanks for the information...

    BalasPadam
    Balasan
    1. derrrrrrrrr !!!!!!!!!!

      Padam
    2. sudah lahhh...alau buat pakai tnh liat

      Padam
  8. terima kaseh labu sayong ..
    awk mmg kwn sejaty saye ..

    BalasPadam
  9. salah namew pulax ..

    BalasPadam
  10. susah nya!!!!!

    BalasPadam
  11. tapi x best langsung.....

    BalasPadam
  12. mang pon sssah smpai nk cri owg pnyerrr...mang bwing,,,,,,,

    BalasPadam
  13. nak wat labu saya0ng!!he he

    BalasPadam
  14. terima kasih sebab bagi tips ni kat semua orang.

    BalasPadam
  15. terima kasih saya boleh belajar

    BalasPadam