8 Okt 2009

TEKNIK CAT AIR

catan teknik basah atas basah

BASAH ATAS BASAH

Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah.

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan.

* Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.


catan teknik basah atas kering

BASAH ATAS KERING


Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan.

Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.


Catan teknik kering atas kering

KERING ATAS KERING

Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.

15 ulasan:

  1. asslamualaikum...saya ingin meminta izin untuk mengambil info-info di dalam blog in sebagai tugasan untuk di isi di ruangan blog saya bagi matapelajaran catan...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas info ni, rupanya inilah teknik cat air.. ada banyak teknik sebenarnya

    BalasPadam
  3. tq.................krn blog ni mjd sbg bhn rjkn kjian ctan sya..............

    BalasPadam
  4. saya buat catan x penah jadi macam gambar di atas....
    hahaha....

    BalasPadam
  5. info yg baik....saya pinjam utk rujukan student saya tuan.

    BalasPadam
  6. maklumat tentang catan boleh juga diperolehi di lama web http://artbook4u.itgo.com

    BalasPadam
  7. thanx untk info ini:)sngt berguna:)

    BalasPadam
  8. Lots of info! Me likey. :D

    BalasPadam
  9. qaseh aniys>>>sdm school4/14/2012 3:42 PTG

    Sy jgk ingn mngambil info d blok nie sbgi pngethuan y mluas dlm bdang seni,, smge dgn blok ni sy jd pljr y mahir dlm seni ,,,,:)

    I love seni huhuhu:-)

    BalasPadam
  10. terima kasih..semoga allah meredhai cikgu..

    BalasPadam
  11. tq..info amat membantu..mohon kongsi

    BalasPadam
  12. assalamualaikum..mintak izin nk copy utk bt folio.. :)

    BalasPadam
  13. assalamualaikum.. saya mintak izin untuk mendapatkan maklumat ya

    BalasPadam