Seni Tekat
PengenalanSeni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.
Sejarah dan Perkembangan
Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
tekat digunakan semasa upacara perkahwinan
Fungsi tekatIa hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.
Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.
Peranan Institusi dan Istana
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.
Tokoh Tekat
1. Ahdijah bt. Hasim
Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.
2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof
Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.
Jenis-jenis Tekat.
1. Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
2. Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.
Proses Menekat
* Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.
* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.
* Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.
* Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.
Salam.. kalau boleh paparkan bahan & alatan Tekat ye bos...
BalasPadamsy berminat utk menyewa kelengkapan utk perkahwinan.. blh bg sy no utk dihubungi x..
BalasPadamdaus...
BalasPadamnenda sy seorang adiguru dalam jahitan tekat emas yg berasal dari kuala kangsar.sy ada melihat nye di dalam video rakaman..malang nye video tersebut telah rosak di sebabkan oleh persekitaran..adakah pihak kraftangan ada menyimpan video2 adiguru..klu ade sy nk utk tatapan cucunye
kat mana tempat untuk tempah tekat ni ya?
BalasPadamsaya budak bijak
BalasPadamSalam, mohon kebenaran tuan untuk saya gunakan entri tentang tekatan ini sebagai bahan rujukan penulisan saya. t.kasih
BalasPadamtq :)
BalasPadambagus, tapi saya rasa perlu lebih kemas blog ini.
BalasPadamsaya rasa anda perlu asingkan beberapa perkara seperti bahan2, step2,dan lain lain lagi. tq:)
BalasPadammenarik
BalasPadamnak lebih lagi boleh tak ???
BalasPadamcantik........
BalasPadamWah,canti!
BalasPadammacam mnr nk mempulur seni tekad???????
BalasPadamEm... Ini ja ka?? hahaaha :)
BalasPadamboleh masukkan gambar-gambar tokoh seni tekat?..
BalasPadamaku nak tengok gambar Ahdijah bt. Hasim ^^ untk kerja kursus PSV . bleh ?
BalasPadamPada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.
BalasPadamTokoh Tekat
1. Ahdijah bt. Hasim
Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.
ple htok mg ak tlis ....mg or tlis ..... dse gh npu
BalasPadammaria ozawa ! top it ! haahha ! cekpit !
BalasPadamSENI TEKAT
BalasPadamSeni Tekat
Pengenalan
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.arum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.
Saya juga penekat..yg si ajar oleh anak asiguru..iaitu puan Maznah,Puan Azizah Adam...tapi saya mahir salam rekaat Tekatan Gobah....Banyak saya inovasikan Tekatan tersebut..
BalasPadamSaya juga menggunakan benang2...terpilih n bermain dengan warna n corak2 moden terutamanya fesyen..patchwork...
sila hubungi saya Fazilah 017-4156716
kalau boleh, please masukkan gambar contoh jenis tekat itu :) terima kasih
BalasPadamnanti time perkawinan saya akan hubungi pihak berkenaan ye..... insyaallah
BalasPadamsaya juga menyokong
BalasPadam