28 Feb 2010

Seni Kraf Wau - Khazanah Tradisional Negara





Pengenalan

Sejarah Wau

1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.
2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi.
3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.
4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit.
5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.

wau bulan besar

Kategori Wau


1. Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian
2. Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan
3. Wau untuk hiasan dan replika

Pertandingan Ketinggian


1. Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi.
2. Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan.
3. Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau.
4. Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi.

Pertandingan Kecantikan

1. Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau.
2. Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.

Motif flora menjadi inspirasi rekaan corak

Kehalusan inilah yang menjadikan wau sebagai seni warisan negara
 
Wau Hiasan dan Replika


 
1. Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya.
2. Ia juga dijadikan sebagai cenderahati.
3. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan

Jenis-jenis Wau

Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. Disenaraikan beberapa contoh wau yang popular

Wau Bulan
Wau yang paling popular. Badan berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekor pula berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian pinggang wau. Sangat popular di Kelantan.

Wau Kucing
Wau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk ekor ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping.
Wau Jala Budi
Wau ini menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan. Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala.
Wau Merak
Perbezaan hanya pada ekor iaitu kembang seperti ekor burung merak.
Wau Barat
Seiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur. Kebiasaannya ekor wau lebih kecil dan leper berbanding wau bulan.

Wau payung berekor

Wau helang

Wau kenyalang

Wau puyuh
 
Wau daun

Alatan dan Bahan


1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan
2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut.
3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau.
4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

Proses Penghasilan Wau
1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju

 Memilih Buluh
Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau.

Meraut Buluh
Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.


Membuat Rangka
Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.

Menampal Rangka
Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian.

Membuat Corak dan Menampal Corak
Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.


Memasang tali teraju
Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya

Bahagian-bahagian Wau

Tokoh-tokoh Wau
Hashim B. Awang
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mula membuat wau sewaktu kanak-kanak lagi.
Beliau pernah memenangi pertandingan wau hiasan selama tiga tahun bertuut-turut. Karya wau beliau menjadi hiasan di Bangunan Suruhanjaya Malaysia di London.

Wan Su B. Wan Othman
Berasal dari Besut, Terengganu. Beliau juga merupakan seorang pengukir terkenal. Melalui kemahiran mengukir, beliau menghasilkan corak-corak wau bermotifkan bunga ukir.
 
download bahan pengajaran wau di bawah:
Seni Kraf Seni Kraf Khazanah Tradisional Wau

47 ulasan:

  1. boleh sy tau dimana rumah Hashim B. Awang dan bagaimana sy boleh hubungi dia?

    BalasPadam
  2. Thanks bro...blh jugak bantu saya buat assemen...

    BalasPadam
  3. Terima kasih ...maklumat yang diberi membantu saya dalam menghasilkan tugasan.

    BalasPadam
  4. Salam..,

    Boleh saya dapatkan alamat kedua-dua orang pembuat wau yang ada di sini?

    Minta emailkan kepada saya - himro01@yahoo.com.my

    BalasPadam
  5. TERIMA KADIH SANGAT2 .. KERANA MEMBERI MAKLUMAT .. SENANG NAK WAT FOLIO TANPA PENING KEPALA ;)

    BalasPadam
  6. Tahniah atas catatan dan kerja yang menarik. Boleh hubungi saya untuk penambahbaikan.

    BalasPadam
  7. boleh cerita pasal wau kenyalang?

    BalasPadam
  8. tahniah! sangat informatif & berguna sebagai penyambung warisan tradisi..

    BalasPadam
  9. terime kasih untuk maklumat yang berinfomasi ini. ttpi boleh x sya mendapatkan maklumat lanjut mcm alamat, num content ttg pembuat permainan ini utk kefahaman lbih mndalam.

    BalasPadam
  10. saya ingin dapatkan alamat bembuat wau hiasan dari Terengganu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saya tahu nombortel. Pembuat hiasan wau di terengganu

      Padam
  11. bagus information nie harap b'tambah lagi

    BalasPadam
  12. tambah kan lagi seni kraf dalam ruangan ini yer

    BalasPadam
  13. terima kasihnya...... kerena bgi matlumat ini. bkannya ap, di aceh ni susah la nk dpat maklmat mcanni. indonesia, banda aceh

    BalasPadam
  14. lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  15. malam kau bawalah rindu ku

    BalasPadam
  16. ala, cikgu aku suruh lukis wau . tapi aku nak lukis wau kucing . payahla jugak nak lukis

    BalasPadam
    Balasan
    1. balas la wei ,sapa2.

      Padam
    2. buat gapo ar...paksa2 org balas plok.

      Padam
  17. kwkwkwkkwkwk...tq la kerja seni aq siap gak..from afnsrz1997

    BalasPadam
  18. rewfewrfewrfgrg3efrevgfr

    BalasPadam
  19. penilaian ttg ptndingan xde ke?

    BalasPadam
  20. nk so wau bulan

    BalasPadam
  21. terima kasih ,, skarang nie sy tak payah pening kpala dah ((:

    BalasPadam
  22. boleh saya dapatkan alamat dan nombor telefon En. Hashim Awang dan En. Wan Su Wan Othman. ini emel saya, mek_syila@yahoo.com terima kasih

    BalasPadam
  23. boleh saya tau mana nak dapat buluh duri,saya duduk kat KLIA saya minat sangat dgn wau....zainhdin.saremon@yahoo.com terima kasih.

    BalasPadam
  24. boleh tau apa jenis2 buluhn yg sesuai buat wau dan mana boleh dapat...terima kasih.

    BalasPadam
  25. @shahira_hanif6/11/2012 11:50 PTG

    terima kasih sebab bantu saya siapkan folio sivik :)

    BalasPadam
  26. Boleh sy dptkn no fon or email?sy ad tugasan mngenai wau,jd sy perlu interview pbuat wau.
    Email kn sy :k.tsyamsinar@rocketmail.com
    trima ksh.

    BalasPadam
  27. boleh tunjukkan cara-cara membuat wau daun?

    BalasPadam
  28. boleh saya dapatkan alamat dan nombor telefon En. Hashim Awang dan En. Wan Su Wan Othman. sbb saya memerlukan info untuk assigment . email saya myras_1992@yahoo.com

    BalasPadam
  29. sangat memuaskan
    tak payah makn penedol
    yelah asyik sakit kepala jer memikirkan psal wau..
    hehehehe "-"

    BalasPadam
  30. boleh saya dapatkan nombor telefon ataupun email yang boleh saya gunakan untuk hubingi pembuat wau tradisional ini? saya ingin menjemput beliau untuk membuat pameran tentang wau tradisional di kolej saya. harap maklum balas dari pihak tuan secepat yang mungkin. sila email kan di shafa_uzma@yahoo.com. terima kasih.

    BalasPadam
  31. kalau guna lidi sesuai x?????sbab x jumpa buluh kat kl....

    BalasPadam
  32. boleh bagi alamat dan no telepon pembuat wau......send pada aminadnan89@gmail.com

    BalasPadam
  33. saya merupakan pembuat wau yang berasal dari johor....hubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumat berkenaan wau ini...insyallah akan dibantu....sirehdancengkihterpilih@gmail.com

    BalasPadam
  34. saya nak alamat rumah en. Hashim b. Awang sebab nak buat assignment.. mintak tlg sgt@..

    BalasPadam
  35. tlg email dekat email sy linfizlin9093@gmail.com.. terima kasih

    BalasPadam
  36. boleh saya dapatkan no telefon dan alamat rumah En. Hashim B. Awang? Hantar kat emel ni ye marlyana.syaza@gmail.com

    BalasPadam
  37. tolong emailkan sy alamat rumah & no. telefonEn. Hashim B. Awang ,, syperlu interview beliau utk tujuan assignment sy ke kemadukan university.. mohon bantu sy..please.. email : luv.cadbury08@gmail.com

    BalasPadam
  38. Pakai kertas ap ea nk buat wau besar

    BalasPadam
  39. Boleh saya tahu no telefon en hashim bin awang. Sabrinamimi98@yahoo.com

    BalasPadam
  40. banyak maklumat salah dalam ni, wau merak tu salah, tu bukan wau merak, tu wau dodo helang. Pastu sapa hashim awang? tokoh terkenal wau di kelantan adalah allahyarham Shafie Jusoh. Wan Su tu dia pengukir terkenal bukannya pembuat wau.

    BalasPadam
  41. Boleh dapat alamak dan tel. Pembuat Wau?
    kcryb@yahoo.com.sg

    BalasPadam
  42. boleh bagi tahu tak apa nama tempat gulung tali wau tuhh...dan material kain apa yg di gunakan utk kain wau

    BalasPadam
  43. Terima kasih, pengarang...maklumat yang diberikan sangat membantu Saya..Izinkan Saya menggunakan gambar di atas untuk tugasan Saya,ye?..

    BalasPadam