7 Okt 2009

Catan - Bahan



Cat Minyak

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.
2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.
3. Bahantara: turpentin.
4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada teknik yang digunakan



Cat Air
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.




Cat Poster

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol.
2. Ciri-ciri: bersifat legap.
3. Bahantara: air.
4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut atau keras.
5. Kertas katrij tebal atau licin.


Cat Akrilik

1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering
2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an.
3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto
4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering
5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.



Cat Tempera

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk
2. Pengilat: kuningg telur
3. Bahantara: air.
4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi kesan seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras dan tebal.
5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat pembancuh warna.
6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

10 ulasan:

  1. jutaan terima kasih kerana banyak memberikan maklumat yang berguna mengenai seni...kalau boleh adakan juga aktiviti resis..TQ

    BalasPadam
  2. maklumat ni amat berguna buat saya..tq

    BalasPadam
  3. blog yang amat berguna.. terima kasih banyak2.. harap blog ni dpt teruskan perkhidmatan nya,,,

    BalasPadam
  4. thank kerana memudahkan saya untuk cari bahan kt blog awak...

    BalasPadam
  5. terima kasih kpd blog ini

    BalasPadam
  6. Annadeedses, anjajs, yooyoy

    BalasPadam
  7. blog yg berguna. keep it up!

    BalasPadam
  8. Tolong senaraikan media atau alatan yg digunakan dalam catan! Tolong

    BalasPadam
  9. cat akrilik tak ada pengilat ke?

    BalasPadam