22 Okt 2009

LOGO


DEFINASI

1. Perkataan logo ialah singkatan daripada ‘Logogram’.

2. Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu.


FUNGSI LOGO

1. Logo berfungsi sebagai satu simbol atau tanda pengenalan bagi:
  • Pertubuhan
  • Persatuan
  • Kelab
  • Barangan komersial
  • Syarikat
  • Perkhidmatan
  • Kempen
  • Pameran
2. Logo biasanya dijumpai pada dinding bangunan, kenderaan, iklan, poster, bungkusan serta bahan-bahan bercetak seperti sampul surat, kertas surat, invois, kulit depan, faks, memo, resit dan sebagainya bagi sesuatu syarikat atau pertubuhan.

3. Bagi sesetengah syarikat yang ternama, logo bukan sahaja wujud pada segala hasil pengeluaran, bahkan juga pada kad nama dan pakaian kakitangan serta pekerjanya.

SUMBER ILHAM CIPTAAN LOGO

Logo punca fauna

1. Flora
2. Fauna
3. Manusia
4. Ciptaan Manusia
5. Huruf
6. Angka
7. Bentuk Geometri

JENIS-JENIS LOGO

Terdapat 3 kumpulan jenis logo iaitu:

A. Logo Huruf

B. Logo Representasi

C. Logo Simbol

LOGO HURUF

1. Logo huruf dikenal sebagai ‘logotype’ atau ‘alphagram’ dalam bahasa Inggeris

2. Dicipta berdasarkan rupa bentuk satu huruf atau angka sahaja, beberapa huruf yang digabungjalinkan atau beberapa huruf dalam satu perkataan.

3. Singkatan (initial) yang mewakili sesuatu pertubuhan dipilih untuk gubahan logo pertubuhan itu.

Contoh logo huruf


Contoh logo huruf


Contoh logo huruf
LOGO REPRESENTASI

1. Dikenali sebagai ‘pictogram’ dalam bahasa Inggeris.

2. Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam sekeliling.

3. Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk menghasilkan imej visual yang ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek itu.

4. Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat menyampaikan mesej dengan jelas tanpa sebarang penerangan.

Contoh logo representasi
Contoh logo representasi
Contoh logo representasi

LOGO SIMBOL

1. Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapat menyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa.

2. Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili perkara-perkara yang ada perkaitan dengannya.
Contoh logo simbol

Contoh logo simbol

CIRI-CIRI GUBAHAN LOGO YANG BERMUTU

1. Corak logo asli, unik dan bermakna.
2. Bentuk logo jelas dipandang dan mudah difahami.
3. Mempunyai mesej yang mudah diingati
4. Pilihan warna yang sesuai dan berkesan
5. Ciptaan logo mempunyai kaitan dengan tajuk dan tema.
6. Jika huruf digunakan, huruf asalnya dapat dikesan.


Download Bahan Pengajaran Logo
logo

17 ulasan:

  1. surr...B)

    BalasPadam
  2. thank u so much for the information..... it really helped me..... :D

    BalasPadam
  3. oooooo darn you!

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. waaaa.....spee na lagi lawaa...

    BalasPadam
  7. ini dalam sukatan pelajaran tingkatan berapa ?

    BalasPadam
  8. thank you so much.... I really happy

    BalasPadam
  9. Macam mana ya mau buat logo kelab pendidikan seni visual

    BalasPadam
  10. Saya cari maksud logo jee,tapi tak sangka banyak pula perkara lain yang saya jumpa,contohnya ciri-ciri logo....thanks...sangat membantu

    BalasPadam